Photobucket

Saturday, March 5, 2011

Kepentingan dan keutamaan ilmu



Kepentingan dan keutamaan ilmu

Temanku,

Sedia kita ketahui betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan,Al-Quran menjadi saksi,hadith menjadi bukti,realiti kehidupan turut menyakini. Allah menjanjikan akan diangkat darjat kemuliaan bagi sesiapa yang menuntut ilmu dalam kalam sucinya .


Maksudnya : “Allah mengangkat darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan”.

Pendidik ulung,junjungan besar Rasulullah s.a.w turut bersabda ;

مَن يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيرًا يُفَقِهُ فِي الدَّينِ

Maksudnya : “ Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan,nescaya Allah akan menberikan kefahaman di dalam agama” – mutafaq alaihi

Imam Nawawi di dalam kitabnya Nasa’ihul Ibad berkata mahfum“kebaikan” dari hadis ini dapat difahami sebagai keselamatan dan kebahagiaan,tambah beliau lagi keselamatan dan kebahagiaan pasti tidak akan diperolehi tanpa melakukan amal soleh.

Temanku

Di sini , ingin daku nukilkan antara kepentingan ilmu dan keutamaannya yang di sebut oleh guru kita Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri di dalam kitabnya Isyad al-Qari’ Bi Syarhi Mukhtasar Shahih al-Bukhari dalam mensyarahkan bab كتاب العلم , antaranya :

  • Ilmu adalah warisan para Nabi AS sedangkan harta adalah warisan Firaun dan Qarun
  • ilmu lebih daripada harta kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta di jaga oleh manusia.
  • orang yang berilmu mempunyai ramai kawan sedangkan banyak harta banyak pula musuhnya.
  • Ilmu diberikan bertambah ,harta diberikan berkurang.
  • Ilmu tidak boleh dicuri , sedangkan harta boleh hilang dan lenyap.
  • Harta boleh habis sebelum pemiliknya mati,sedangkan ilmu habis dengan kematian pemiliknya.
  • Ilmu tidak dapat dihitungkan,sedangkan harta dapat diketahui jumlahnya.

Al-allamah Prof.Dr.Yusuf Abdullah Al-Qardhawi juga menyebut di dalam fiqh awlawiyat di dalam bab pentingnya ilmu bagi para pendakwah dan guru , katanya :

“ilmu menjadi syarat utama untuk mereka yang bergiat dalam bidang kehakiman dan fatwa,dan ia juga menjadi batu asas bagi mereka yang bergiat dalam bidang dakwah dan pendidik,maka setiap pendidik wajib melakukan dakwahnya dengan hujah dan ajaran yang nyata dan jelas”


Friday, March 4, 2011

Dunia Yang Membutakan


Teringat ketika berbuka puasa bersama adik-adik usrah pada ramadhan yang lalu di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur,ada beberapa insan yang kurang bernasib baik,di tarik nikmat mata daripadanya, datang menghampiri kami menjual tisu muka.Lantas terbayang mutiara kata kalam Ilahi di dalam Surah Thoha ayat 124-126.

"Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta".. ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku Dalam keadaan buta, padahal Aku dahulu melihat?". Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadaMu, lalu Engkau melupakan serta meninggalkannya, dan Demikianlah Engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

Di dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menjelaskan buta di dalam ayat ini ialahmeraba-raba di dalam kesesatan di akhirat seperti keadaan butanya manusia di dunia atau meraba-raba di dalam azab .

Ana terfikir bagaimana susahnya pakcik yang buta matanya tersebut menjalankan kehidupannya seharian,sahabat-sahabatku cubalah kita tutup mata kita sebentar,lalu cubalah berjalan beberapa meter,pasti kita akan tersepak,terlanggar dan terjatuh melanggar apa sahaja yang berada di hadapan kita.itulah BUTA,buta mata ,tetapi cuma sebentar kerana kita insan celek,bagaimana mereka yang sememangnya Buta dari asal atau seumur hidupnya.

Ayat di atas menerangkan manusia yang berpaling dari ingatan dan petunjuk Illahi,mementingkan dunia daripada matlamat sebenar insan iaitu akhirat negeri abadi.Umur kurniaan Illahi ini perlu diisi mencari bekal,seperti musafir di perjalanan Cuma berhenti sebentar melepaskan lelah,mengumpul tenaga untuk meneruskan perjalanannya..kerana si musafir itu tahu dan sedar bahawa di perlu pulang ke kampong halamannya,matlamat perjalanan musafirnya,walau seindah mana pun tempat persinggahan yang di lalui,walau penuh nikmat dan perhiasan,dia tidak akan terleka dan terpersona dengan tempat singgahan tersebut.

Tetapi , bagi manusia terpersona dan terleka dengam perhiasan dunia ,di sibukkan mengumpul kekayaan,kemegahan, kemuliaan di dunia yang di ketahui umum bahawa ia hanyalah pensiggahan yang bersifat seketika dan tidak kekal.

Fadhilatul Syeikh Mutawalli Syakrawi di dalam kitabnya Berakhirnya Usia Dunia berkata :

“Dunia tidak pernah dimiliki oleh sesiapa pun sebaliknya hanyalah warisan yang berpindah dari satu tangan ke tangan yang berikutnya.”

Dalam memuhasabahkan diri ana selalu merasa sedih memikirkan penghidupan yang di lalui saban hari , terlalu sibuk dengan perkara-perkara yang tidak putus-putus perlu ditunaikan dan Terkadang perkara dan hajat yang tersebut bukanlah satu keutamaan pun. Sebaliknya hanyalah perkara dan hajat yang terhasil dari kecintaan terhadap dunia yang fana ini. Sehinggakan tidak mampu lagi untuk membezakan antara keutamaan yang hakiki dan keinginan yang tidak pernah akan habis.

Sebuah syair arab menyebut:


نغدو ونروح لحاجاتنا وحاجات من عاش لا تنقضي

Maksudnya : Kita disibukan pagi dan petang dengan hajat-hajat kita sedangkan hajat-hajat bagi yang hidup itu tidak akan habis (Selagi tidak mati).

Inilah hakikat dunia yang sentiasa menipu dengan keindahan dan kemuliaan yang di sangkakan kekal berpanjangan hinggakan kita di butakan daripada memandang matlamat dan asal kita menuju hari akhirat yang jauh lebih baik dan indah dan kekal buat selamanya.

Pandanglah dengan pandangan mata yang hakikit, butakanlah mata daripada memandang perhiasan yang keindahan yang bersifat sementara ini,jangan sampai kita di butakan pada hari kebangkitan nanti,yang padanya tiada bantuan dan pimpinan lagi,sedangkan butanya mata di dunia ini masih ada yang sudi memimpin menunjukkan jalan.

Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)turut menyatakan hal ini di dalam Tasauf Modennya :

“Bagi mereka yang sentiasa mencari keredhaan dan bimbingan Allah, boleh diibaratkan pandangan mereka seperti mata yang memandang alam, sedang hatinya memandang Tuhan.”

blogger templates 3 columns | Make Money Online