
Kekaguman pada insan ini bukanlah hanya sekadar beliau seorang Mursyidul Am Pas,bukan juga sekadar untuk melobi dan mengangkat beliau.tetapi hanyalah sekadar untuk sama-sama kita merasai kehadiran seorang ulama' dan merasai apa perlunya pula seorang ulama' itu berada di kerusi Kemudi?.Coretan dari tangan yang naif lagi hina ini cuma bertolak dari kesedaran untuk menyingkap rekod lama demi membuat satu penilaian prestasi ke atas seorang ulama'. Pada masa yang sama,ingin mengimbau ruh jihad,kesungguhan dan istiqomah dari bara perjuagannya.
Tidak tahu dari mana perlunya dimulakan nukilan ini,jika kita sering mengkaji tulisan-tulisan berkaitan ketokohan,pastinya dimulai dengan perbagai gaya penulisan bagi menampakkan gemilangnya tokoh tersebut.Pada saya jika ingin dilihat dengan lebih mendalam,saya sarankan tinjau-tinjaulah geleri-geleri buku yang mengambarkan perjalanan Insan ini,kerana saya bukanlah layak bagi membicara bagai orang yang lebih arif berkenaan beliau.Diri ini cuma laksana seorang pencinta,yang mana orang yang dicintai itu sama sekali tidak mengenali sang pencinta tersebut.Hmmm..sekadar ingin membuka mata bagi yang belum pernah melihatinya dari pandangan mata hati.
Sejak 18 tahun,tanah indah sekebun bunga ini telah menjadi saksi juga bukti pahit maung,suka duka tangis tawa yang saban hari tak jemu merakamkan perjalanan kehidupan Insan penuh bakti ini.Bergelar Menteri Besar baginya bukanlah satu gelaran yang membolehkan beliau berdiri dengan pakaian kebanggaan,penuh sombong dan jauh dari rakyat,yang dipilih hanyalah cukup hidup menumpang di bumi Allah yang sementara ini.

kediaman rasminya di JKR10 tak pernah di diami,baginya cukuplah apa yang ada dan biarlah dirinya sama dengan rakyat lain.Tak pernah ada orang gaji.Pernah saya melihat satu rakaman berkenaan Tok guru.Beliau sendiri yang mengangkat air untuk dihidangkan kepada tetamunya.Malah kediaman Rasminya itu dijadikan tempat perpindahan mangsa banjir untuk rakyat-rakyatnya.Pengalaman semasa di bangku sekolah dahulu,melawat teratak ini.Kunjungan kami tanpa membuat sebarang temu janji dengan beliau,sekadar ingin menziarahi beliau.Kami disambut dengan penuh rasa hormat,walaupun pada mulanya anaknya menyatakan Tok Guru kurang sihat,namun beliau tetap turun bertemu kami.
Setiap pagi jumaat,jalan Dato' Pati,sekitar jam 7.00 pagi ribuan rakyat kelantan akan membanjiri Dataran Ilmu ini bagi mengutip butir-butir kemilauan permata keilmuan Tok guru,18 TAHUN,18 TAHUN seorang MB memberi kuliahnya pada rakyat.Beliau akan mengelilingi setiap inci bumi jajahannya bagi menyampaikan khutbah jumaat.18 TAHUN kerajaan tanpa Rasuah.
Beliau adalah kemilauan permata yang lahir saat dunia kian runcing diragut maksiat yang membuas,saat dunia hilang arah..Adakah ada sepertinya seorang pemimpin tertinggi negeri yang mudah dirapati,sanggup memotong gaji untuk rakyatnya,memimpin rakyatnya agar sentisa bertaqwa kepada Allah,adakah ada sepertinya yang berjalan tanpa sebarang pengawal keselamatan,yang mudah bersalam dengannya,bertemu tanpa banyak protokol dan birokrasi,tangan yang begitu pemurah.
Semoga ALLAH sentiasa merahmati Insan yang telah menghambakan dirinya bagi menjulang agama Allah,padanya hanya mengharap semua menerima Islam dalam setiap ruang lingkup kehidupan dan menolak segala fahaman yang menghalang ISLAM tertegak tak kiralah sekularnya,nasionalisnya,sosialisnya...
Sama-samalah kita bantu perjuangan suci ini dengan apa cara sekali pun.Doakan jua moga kesihatan Tok Guru kian bertambah baik agar dapat beliau meneruskan perjuangan.