Benar, sungguhpun taqwa itu letaknya dalam hati dan hati itu berada di dalam, tidak nampak; tetapi kesan ataupun tinggalan kerja-kerja taqwa itu tetap masih boleh dilihat,dirasa dan dikesan kehadirannya. Sekiranya tak nampak, bahkan kesan-kesan yang dialami masyarakat adalah sebaliknya, jenayah sampai boleh meningkat 45% misalnya; maka taqwa itu tidak sudah duduk di hati. Tidak dipentingkan akan 'ada' ataupun 'tiadanya'.
Orang yang belajar agama tidak semestinya orang itu BERAGAMA.Nilai agama atau taqwa itu tidak boleh diukur dengan berapa banyak ilmu agama yang seseorang itu miliki,tetapi seberapa banyak amalan serta rasa takutnya dia kepada ALLAH.
Nabi bersabda “Taqwa itu di sini (dan baginda terus menunjukkan kepada dada baginda)” riwayat Imam Muslim.
Imam Al Ghazali didalam Ihya Ulumuddin pada bab Huraian Keajaiban Hati berkata, “Hati ialah raja bagi manusia...”
Subhanallah betapa sempurnanya neraca pertimbangan yang ALLAH taala sediakan bagi menilai taqwa itu..Tuhan yang maha sempurna,memandang kedudukan taqwa itu di hati..Itulah hikmah penciptaan manusia yang pelbagai rupa,bangsa,keturunan dan sebagainya.Jika taqwa itu di nilai dan dilihat pada bangsa,rupa atau apa sekalipun pasti berlaku ketidakadilan di situ.
Saya ingin bertanya..apakah seorang yang berbangsa cina itu mengharapkan dia dilahirkan dalam keadaan sebegitu? dan apakah kita melayu islam ini,tahu kita akan dilahirkan dalam keadaan ini.Sesungguhnya inilah anugerah termahal yang kita perolehi.Bersyukurlah dengan bertaqwa kepada ALLAH.
Justeru itu,tidak kira siapa kita,apa bangsa sekalipun,apa bidang yang kita pelajari pun,jika kita bertaqwa kita lah yang akan di pandang dan dimuliakan ALLAH.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13, "sesungguhnya orang yang paling mulia dikalanganku ialah orang yang bertaqwa"