Photobucket

Friday, February 25, 2011

Doakan daku tetap istiqamah..


Lama jejari anugerah kurniaan illahi ini tidak berlari melakar akrasa abjad membentuk kata prasa seterusnya ayat buat tatapan sendiri juga coretan kongsian buat teman-teman.

Sedar tidak sedar sudah hampir setahun lebih ini senyap membisu tanpa bicara,sibuk? Ya.benar kadang kala memang kesibukan membataskan gerak serta jalan.lantaran itu kita sering diingatkan dengan sebuah hadis junjungan mulia :-

“Jagalah 5 perkara sebelum datang lima perkara,sihat sebelum sakit,lapang sebelum sempit,muda sebelum tua,kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.”

Namun jika di bandingkan dengan penulis-penulis lain mereka jauh lebih sibuk dari ana,tapi ada jua mada diluangkan berkongsi idea,ilmu pengalaman untk semua.benarlah bait syair arab ini :

“Kita di sibukkan dengan hal-hal dunia siang dan malam,hinggalah mulut kita di masukkan tanah”

Insyaalah sata akan cuba mengaktifkan semula diri ini di medan dan ruang yang ada ini sebaik mungkin.

Biarlah jejari pena ini berlari dan pembaca sekalian dapat membaca dan memahami isinya tanpa suara,kerana saya bukanlah hebat dalam berbicara,mampu menarik minat pendengar dan mungkin dengan cara ini teman-teman dapat merasai apa yang hendak di sampaikan dan di sini bicara katanya terus dari hati.

Doakan saya diberi kekuatan untuk menempuh kehidupan ini,seterusnya tetapkan iman dalam menempuh jalan juang ini….

Monday, July 26, 2010

MUSIM PENYESUAIAN

MUSIM PENYESUAIAN

Ini musim penyesuaian
Yang menuntut sebuah penilaian
Bukan mudah menyingkap yang telah terhijab
Memulakan yang telah tamat
Menghidupkan yang telah mati

Robohnya mahligai nilai
Di jijak dalam mengapai cita
Di nafikan sebuah kenangan lalu
Hancur luruh hina terbuang
Kini asing
Kini sepi
Dan ada yang telah hilang pergi

Alam telah berubah
Angin bertukar arah
Warna pudar seri indah

Ini musim penyesuaian
Terik panas bukan membakar
Lebat hujan bukan bencana
Gegar guruh bukan ancaman
Gagah gunung bukan kesombongan

Kerana ini musim penyesuaian
Mentari tak kan bersinar tanpa menunggu tamatnya malam
Mawar yang kulai layu perlu masa subur mewangi
Surut air menanti waktu pasang membasahi
Pedih luka menagih masa sembuh kembali

Ini musim penyesuaian
Satu permulaan kembali
Menuntut mengenal bahasa erti
Menagih ruang bernafas kembali

blogger templates 3 columns | Make Money Online