Monday, July 26, 2010

MUSIM PENYESUAIAN

MUSIM PENYESUAIAN

Ini musim penyesuaian
Yang menuntut sebuah penilaian
Bukan mudah menyingkap yang telah terhijab
Memulakan yang telah tamat
Menghidupkan yang telah mati

Robohnya mahligai nilai
Di jijak dalam mengapai cita
Di nafikan sebuah kenangan lalu
Hancur luruh hina terbuang
Kini asing
Kini sepi
Dan ada yang telah hilang pergi

Alam telah berubah
Angin bertukar arah
Warna pudar seri indah

Ini musim penyesuaian
Terik panas bukan membakar
Lebat hujan bukan bencana
Gegar guruh bukan ancaman
Gagah gunung bukan kesombongan

Kerana ini musim penyesuaian
Mentari tak kan bersinar tanpa menunggu tamatnya malam
Mawar yang kulai layu perlu masa subur mewangi
Surut air menanti waktu pasang membasahi
Pedih luka menagih masa sembuh kembali

Ini musim penyesuaian
Satu permulaan kembali
Menuntut mengenal bahasa erti
Menagih ruang bernafas kembali

blogger templates 3 columns | Make Money Online