Photobucket

Thursday, January 28, 2010

Bicara Hati..

Apa perasaan saudara memegang jawatan ini??

macam mana jadi YDP sekarang??

Bagaimana pengurusan masa,hidup,kewangan sebagai orang yang memegang amanah sekarang??

dan beberapa persoalan yang cukup mengambarkan sebuah perubahan,inilah diri saya sepanjang seminggu memegang jawatan sebagai pemimpin,segala sistem kehidupan biasa-biasa dahulu,kini menjadi luar biasa.

Berbicara soal perasaan menjadi pemegang amanah.

Ketahuilah,perlantikan memegang jawatan ini bukanlah suatu kemuliaan,tetapi ia merupakan satu bebanan.

Sahabat-sahabatku...jawatan ini adalah satu tanggungjawab yang di amanahkan untuk dilaksanakan sebaik mungkin.Ia sama sekali bukan satu anugerah yang boleh di banggakan.saya bukanlah orang yang terbaik di kalangan kalian semua,saya adalah insan biasa seperti kalian semua,tetapi,di bahu saya terpikul satu amanah,tanggungjawab,satu bebanan..

Soal hati??

secara ikhlasnya,tiada sedikit pun rasa gembira memegang jawatan ini,tidak terlintas langsung rasa kebanggaan,cuma suatu kesedihan,kesengsaan yang tak mampu terucap dengan bait-bait kata.Lemah nya jiwa ini,longlainya jasad ini,tak tertanggung.Hati ini masih bersedih,acap kali cuba melupakan segalanya.namun yang bernama sedih itu tak pernah bosan menjegok ruang hati ini.

Hafizul,kamu mesti kuat,bersemangat!!!!

Terima kasih atas sokongan kalian semua,kadang-kadang saya tidak menjawab dan memberi sebarang komen atas nasihat dan tiupan semangat seumpama tadi,sekadar seukir senyuman di balas,..

Sebuah SENYUMAN,ada apa pada seukir senyuman,bisa saja di tafsir 1001 rasa dan kata.Jadi apa rasa yang nak di nyatakan dengan senyuman tadi??? gembira ??? seronok ??? sedih ??? sengsara?? haha..hanya hati yang merasa mampu mengungkapkannya.Itulah sekeping hati...

Letih???

Oleh kerana sebelum ini biasa-biasa sahaja..sudah bertukar lah kepada luar biasa..jadi kalau dulu letih itu ada.maka,hari ini perkataan letih itu juga ada,cuma letih dulu dan letih sekarang memang berbeza.

Ya Allah,ku pohon kau kurniakan lah aku secebis kekuatan untuk menghadapi ujian ini.Sesungguhnya aku insan yang lemah jika tiada kekuatan yang engkau berikan,aku hanyalah insan hina jika tidak kau muliakan..Aku adalah hamba-Mu..Aku telah korbankan sebuah harapan membina impian di masa hadapan untuk memikul beban amanah ini.Hari-hari ku penuh kesedihan,keletihan,adakalanya kesengsaraan.Engkau mengetahui hati ini...............................................................................................................................................................................................................................................................................................

Saturday, January 23, 2010

DIMANAKAH TAQWA???

Allah s.w.t. berfirman dalam surah at’Talaq ayat 2-3, “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya.”

Taqwa suatu perkataan yang sering kita dengar malah bagi kaum muslimin ia merupakan satu perkataan yang wajib di dengar sekurang-kurangnya seminggu sekali,namun apakah perkataan ini hanya didengar di telinga dan ruh pengertian taqwa yang mempunyai nilai nya yang tinggi tidak langsung hinggap menyentuh jiwa-jiwa kita.

Catatan kali ini bukan lah ingin menghurai perkataan Taqwa itu dari sudut ilmiah,kerana saya yakin dan percaya rata-rata semua penuntut di kampus kita ini sudah ma'ruf dengan kalimah ini.Tetapi saya ini menyentuh dan melihat taqwa ini dari suatu perspektif dan kacamata yang berbeza.

Iaitu DIMANAKAH TAQWA ITU??

Benar, sungguhpun taqwa itu letaknya dalam hati dan hati itu berada di dalam, tidak nampak; tetapi kesan ataupun tinggalan kerja-kerja taqwa itu tetap masih boleh dilihat,dirasa dan dikesan kehadirannya. Sekiranya tak nampak, bahkan kesan-kesan yang dialami masyarakat adalah sebaliknya, jenayah sampai boleh meningkat 45% misalnya; maka taqwa itu tidak sudah duduk di hati. Tidak dipentingkan akan 'ada' ataupun 'tiadanya'.

Orang yang belajar agama tidak semestinya orang itu BERAGAMA.Nilai agama atau taqwa itu tidak boleh diukur dengan berapa banyak ilmu agama yang seseorang itu miliki,tetapi seberapa banyak amalan serta rasa takutnya dia kepada ALLAH.

Nabi bersabda “Taqwa itu di sini (dan baginda terus menunjukkan kepada dada baginda)” riwayat Imam Muslim.

Imam Al Ghazali didalam Ihya Ulumuddin pada bab Huraian Keajaiban Hati berkata, “Hati ialah raja bagi manusia...”

Subhanallah betapa sempurnanya neraca pertimbangan yang ALLAH taala sediakan bagi menilai taqwa itu..Tuhan yang maha sempurna,memandang kedudukan taqwa itu di hati..Itulah hikmah penciptaan manusia yang pelbagai rupa,bangsa,keturunan dan sebagainya.Jika taqwa itu di nilai dan dilihat pada bangsa,rupa atau apa sekalipun pasti berlaku ketidakadilan di situ.

Saya ingin bertanya..apakah seorang yang berbangsa cina itu mengharapkan dia dilahirkan dalam keadaan sebegitu? dan apakah kita melayu islam ini,tahu kita akan dilahirkan dalam keadaan ini.Sesungguhnya inilah anugerah termahal yang kita perolehi.Bersyukurlah dengan bertaqwa kepada ALLAH.

Justeru itu,tidak kira siapa kita,apa bangsa sekalipun,apa bidang yang kita pelajari pun,jika kita bertaqwa kita lah yang akan di pandang dan dimuliakan ALLAH.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13, "sesungguhnya orang yang paling mulia dikalanganku ialah orang yang bertaqwa"

Islam untuk semua,bukan sekadar laungan marilah kita bersatu hati,sama-sama mencari nilai taqwa itu.Orang yang belajar agama belum tentu ada tiket memasuki syurga,jika ilmu yang dipelajarinya tidak di amalkan,di sampaikan dan menjadikan dia insan yang bertaqwa.Tetapi ORANG YANG BERAGAMA,yang benar agamanya,aqidahnya,amalannya,luhur akhlaknya,baik peribadinya,dan Bertaqwa.Yakin dan percayalah pada janji-janji ALLAH.

Sama-samalah kita semai rasa ketaqwaan kita kepada ALLAH dengan menhayati Islam yang sebenar,aqidah yang suci,amalan yang shoheh,akhlak yang kudus.

Bersatulah dalam satu barisan aqidah,bukannya bangsa,rupa,pembahagian-pembahagian sesuatu juzuk atau sebagainya.Jadikanlah kata-kata azimat Saidina Umar Al-Khatab:

"kita umat yang di mulia kan oleh Allah dengan islam,barang siapa yang mencari kemuliaan selain daripada islam,dia kan di hina "

Friday, January 22, 2010

TAKZIAH BUAT DIRI

Assalamualaikum..

Salam perjuangan pada semua..ku panjatkan se agung-agungnya kepujian kepada-Mu Tuhan,yang telah menghidupkan jasad ini dengan sesempurna ini juga Engkau telah menghidupkan hati-hati kami dalam kesuburan iman dan islam..Juda selawat dan salam ke atas junjungan besar,penghulu sekalian anbiya' yang telah menumpahkan sepenuh kudratnya,menyerahkan tubuh dan jiwa nya membawa panji kebenaran hingga saat dan tika ini kami dapat bernafas dalam jiwa2 islam..

Sudah lama saya tidak menulis berkongsi rasa,luahan dan pengalaman buat semua..banyak kekangan dan masalah sekitar beberapa bulan ini..semoga dikurnia sedikit kekuatan untuk menjadi hamba Allah yang berbakti di bumi amanah nya ini..

Coretan ini hanyalah catatan buat diri sendiri..Doakan lah moga2 hati yang keras ini lembut seperti lembutnya besi di tangan Nabi ALLAH Daud A.S

Kita baru selesai mengadakan pilihanraya kampus yang sudah menjadi adat bagi memilih perwakilan pelajar untuk menjadi suara pada semua dan penghubung dengan pihak pentadbiran.Walau pun pelbagai isu dan ujian yang melanda,Alhamdulillah kita semua berjaya menyelesaikannya dan semoga keharmonian dan keamanan kampus kita terus terpelihara


Penulis antara wakil yang di calonkan dan berjaya dengan izin Allah melangkah ke peringkat seterusnya menjadi perwakilan pelajar di kampus kita yang tercinta ini..


Ada rasa yang ingin di luah,ada cerita yang ingin di kongsi,ada pangalaman yang ingin di cerita buat semua yang baik sama2 kita berusaha menjadikan ia lebih baik dan yang kurang sempurna di mata manusia,sama2 kita sempurnakan di masa hadapan.


wahai hamba-hamba Allah..ketahuilah


Bahawa amanah itu bukanlah suatu keinginan, bukan juga suatu wasilah untuk mencari popularity. Namun kita perlu sedar, amanah dan tanggungjawab yang di taklifkan itu adalah untuk memelihara kelangsungan tarbiyah di bumi ini. Bukan hanya menjadi perbualan dan gelaran yang acapkali disogok kepada bumi ini (bumi tarbiyah), tetapi memastikan ia sungguh menjadi realiti yang tidak pupus dihanyut maksiat dan noda.Bukan untuk mencari salah orang lain,menyatakan kitalah yang terbaik,tetapi tanggungjawab ini adalah satu ujian dan salah satu jalan mengenal diri dan memperbaiki diri..


Tuhan..Ampunilah dosa-dosa ku ni,sahabat..maafkanlah diri ini.


Jangan sesekali merasa gah dengan kedudukan ini. Jangan sesekali ada sekelumit, jikalau ada cepat-cepat menangkisnya kerana pasti itu bisikan syaitan yang selalu ingin menyesatkan . Kita semua tahu, kedudukan bukan kebanggaan! Tidak sekali-kali. Jadi jangan meletakkan platform sebagai pimpinan ini adalah untuk dikenali ramai dan yang sebetulnya, tetapi mesti merasakan diri ini adalah penyumbang kepada masyarakat umumnya dan warga kampus ini..


Ya Allah,berikan lah kekuatan aku akur pada tadbir-Mu..


Sesungguhnya dan sebenarnya amanah ini terlalu berat untuk di pikul...nanti akan di persoalkan..SALAM TAKZIAH BUAT DIRI...menangislah diri..lembutlah hati..jawatan mu bukan untuk di rai-rai,bukan untuk di sorak gembira,tapi satu ujian yang perlu kau tangisi tiap kali dan tika..


Teringat kisah yang pernah di sampai kan oleh AL-Fadhil Tuan Ibrahim Tuan Man,

ketika khalifah Harun Ar-rasyid merasa ada sesuatu yang tidak kena pada diri nya..beliau menyatakan ingin bertemu Ulama' terkenal di zaman itu,Fudhail bin Iyyad.Pada malam tu beginda berangkat dgn tentera menuju rumah ulama tersebut..Fudhail melihat cahaya yang terang di luar rumahnya,dan beliau tahu bahwa itu adalah rombongan khalifah.lalu beliau menutup lampu rumahnya hingga gelap gelita,dalam kegelapan baginda memasuki rumah ulama tersebut,maraba-raba dalam kegelapan,tersentuh tangan ulama tersebut,lalu fudhail bin iyyad memegang tangan khalifah,lantas beliau berkata,

"alangkah baiknya jika tangan yang lembut ini tidak di bakar api neraka,ketika saidina umar dilantik menjadi khalifah,beliau menangis teresak-esak,tetapi ada yang ketika dilantik dirai dengan keseronokan"

mendengar kata-kata itu,khalifah harun ar-rasyid menangis teresak-esak..

Allah,,,berilah aku kekuatan..permudahkanlah

Ketika hati ini merasa letih,penat dengan segala yang di depani..mencari suatu ketenangan..teringat Ustaz Rasyidi abdul Jamil ketika mensyarahkan suatu hikmah di antara hikam yang dinukilkan oleh AL-Ariffillah Ibnu Athoillah AL-Sakandary,dalam hikamnya yang ke 4,

"Rehatkanlah dirimu daripada mentadbir,sekiranya tadbir itu di selesaikan oleh orang selain daripadamu,maka tidak perlulah dirimu menyibukkan diri"

Semoga tadbir yang telah di susun oleh Allah ada Hikmahnya..dan saya serahkan tadbir ini kembali kepada Allah.saya yakin ada hikmah yang tersingkap di dalam hikmah ini.

Ya Allah aku serahkan kepada Mu,kau mengetahui Hati ini.Bantulah aku..


blogger templates 3 columns | Make Money Online