Photobucket

Saturday, March 5, 2011

Kepentingan dan keutamaan ilmu



Kepentingan dan keutamaan ilmu

Temanku,

Sedia kita ketahui betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan,Al-Quran menjadi saksi,hadith menjadi bukti,realiti kehidupan turut menyakini. Allah menjanjikan akan diangkat darjat kemuliaan bagi sesiapa yang menuntut ilmu dalam kalam sucinya .


Maksudnya : “Allah mengangkat darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan”.

Pendidik ulung,junjungan besar Rasulullah s.a.w turut bersabda ;

مَن يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيرًا يُفَقِهُ فِي الدَّينِ

Maksudnya : “ Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan,nescaya Allah akan menberikan kefahaman di dalam agama” – mutafaq alaihi

Imam Nawawi di dalam kitabnya Nasa’ihul Ibad berkata mahfum“kebaikan” dari hadis ini dapat difahami sebagai keselamatan dan kebahagiaan,tambah beliau lagi keselamatan dan kebahagiaan pasti tidak akan diperolehi tanpa melakukan amal soleh.

Temanku

Di sini , ingin daku nukilkan antara kepentingan ilmu dan keutamaannya yang di sebut oleh guru kita Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri di dalam kitabnya Isyad al-Qari’ Bi Syarhi Mukhtasar Shahih al-Bukhari dalam mensyarahkan bab كتاب العلم , antaranya :

  • Ilmu adalah warisan para Nabi AS sedangkan harta adalah warisan Firaun dan Qarun
  • ilmu lebih daripada harta kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta di jaga oleh manusia.
  • orang yang berilmu mempunyai ramai kawan sedangkan banyak harta banyak pula musuhnya.
  • Ilmu diberikan bertambah ,harta diberikan berkurang.
  • Ilmu tidak boleh dicuri , sedangkan harta boleh hilang dan lenyap.
  • Harta boleh habis sebelum pemiliknya mati,sedangkan ilmu habis dengan kematian pemiliknya.
  • Ilmu tidak dapat dihitungkan,sedangkan harta dapat diketahui jumlahnya.

Al-allamah Prof.Dr.Yusuf Abdullah Al-Qardhawi juga menyebut di dalam fiqh awlawiyat di dalam bab pentingnya ilmu bagi para pendakwah dan guru , katanya :

“ilmu menjadi syarat utama untuk mereka yang bergiat dalam bidang kehakiman dan fatwa,dan ia juga menjadi batu asas bagi mereka yang bergiat dalam bidang dakwah dan pendidik,maka setiap pendidik wajib melakukan dakwahnya dengan hujah dan ajaran yang nyata dan jelas”


Friday, March 4, 2011

Dunia Yang Membutakan


Teringat ketika berbuka puasa bersama adik-adik usrah pada ramadhan yang lalu di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur,ada beberapa insan yang kurang bernasib baik,di tarik nikmat mata daripadanya, datang menghampiri kami menjual tisu muka.Lantas terbayang mutiara kata kalam Ilahi di dalam Surah Thoha ayat 124-126.

"Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta".. ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku Dalam keadaan buta, padahal Aku dahulu melihat?". Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadaMu, lalu Engkau melupakan serta meninggalkannya, dan Demikianlah Engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

Di dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menjelaskan buta di dalam ayat ini ialahmeraba-raba di dalam kesesatan di akhirat seperti keadaan butanya manusia di dunia atau meraba-raba di dalam azab .

Ana terfikir bagaimana susahnya pakcik yang buta matanya tersebut menjalankan kehidupannya seharian,sahabat-sahabatku cubalah kita tutup mata kita sebentar,lalu cubalah berjalan beberapa meter,pasti kita akan tersepak,terlanggar dan terjatuh melanggar apa sahaja yang berada di hadapan kita.itulah BUTA,buta mata ,tetapi cuma sebentar kerana kita insan celek,bagaimana mereka yang sememangnya Buta dari asal atau seumur hidupnya.

Ayat di atas menerangkan manusia yang berpaling dari ingatan dan petunjuk Illahi,mementingkan dunia daripada matlamat sebenar insan iaitu akhirat negeri abadi.Umur kurniaan Illahi ini perlu diisi mencari bekal,seperti musafir di perjalanan Cuma berhenti sebentar melepaskan lelah,mengumpul tenaga untuk meneruskan perjalanannya..kerana si musafir itu tahu dan sedar bahawa di perlu pulang ke kampong halamannya,matlamat perjalanan musafirnya,walau seindah mana pun tempat persinggahan yang di lalui,walau penuh nikmat dan perhiasan,dia tidak akan terleka dan terpersona dengan tempat singgahan tersebut.

Tetapi , bagi manusia terpersona dan terleka dengam perhiasan dunia ,di sibukkan mengumpul kekayaan,kemegahan, kemuliaan di dunia yang di ketahui umum bahawa ia hanyalah pensiggahan yang bersifat seketika dan tidak kekal.

Fadhilatul Syeikh Mutawalli Syakrawi di dalam kitabnya Berakhirnya Usia Dunia berkata :

“Dunia tidak pernah dimiliki oleh sesiapa pun sebaliknya hanyalah warisan yang berpindah dari satu tangan ke tangan yang berikutnya.”

Dalam memuhasabahkan diri ana selalu merasa sedih memikirkan penghidupan yang di lalui saban hari , terlalu sibuk dengan perkara-perkara yang tidak putus-putus perlu ditunaikan dan Terkadang perkara dan hajat yang tersebut bukanlah satu keutamaan pun. Sebaliknya hanyalah perkara dan hajat yang terhasil dari kecintaan terhadap dunia yang fana ini. Sehinggakan tidak mampu lagi untuk membezakan antara keutamaan yang hakiki dan keinginan yang tidak pernah akan habis.

Sebuah syair arab menyebut:


نغدو ونروح لحاجاتنا وحاجات من عاش لا تنقضي

Maksudnya : Kita disibukan pagi dan petang dengan hajat-hajat kita sedangkan hajat-hajat bagi yang hidup itu tidak akan habis (Selagi tidak mati).

Inilah hakikat dunia yang sentiasa menipu dengan keindahan dan kemuliaan yang di sangkakan kekal berpanjangan hinggakan kita di butakan daripada memandang matlamat dan asal kita menuju hari akhirat yang jauh lebih baik dan indah dan kekal buat selamanya.

Pandanglah dengan pandangan mata yang hakikit, butakanlah mata daripada memandang perhiasan yang keindahan yang bersifat sementara ini,jangan sampai kita di butakan pada hari kebangkitan nanti,yang padanya tiada bantuan dan pimpinan lagi,sedangkan butanya mata di dunia ini masih ada yang sudi memimpin menunjukkan jalan.

Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)turut menyatakan hal ini di dalam Tasauf Modennya :

“Bagi mereka yang sentiasa mencari keredhaan dan bimbingan Allah, boleh diibaratkan pandangan mereka seperti mata yang memandang alam, sedang hatinya memandang Tuhan.”

Sunday, February 27, 2011

Ratapan usia yang telah berlalu

Saidina uthman khalifah keempat kepimpinan warisan Rasulullah.s.a.w jika tibanya mentari senja menyambut datangnya kegelapan malam beliau pun terus menangis.Saban hari tibanya waktu dan saat ini beliau akan menangis,lalu ditanya kepada apa yang menyebabkan beliau menangis ,lalu saidina uthman berkata :

“ aku menangis kerana telah berlalu umur ku sehari ,tetapi tidak bertambah amalku kepada Allah”

Tangisan yang meratap pemergian yang tidak akan kunjung tiba lagi,iaitu umur .Umur pinjaman Tuhan yang maha pemurah ini,menganugerahkan nikmat umur lalu diisi bersamanya keberkaran kehidupan,kemurahan rezeki dan kelapangan menjalankan pekerjaan masing-masing,kesihatan tubuh badan dan sebagainya.inilah Limpahan Ar-Rahman yang mengisi kehidupan insan tidak kita samada insan tersebut didalam ketaatannya ataupun mengingakari-Nya.

Jika di bicarakan berkaitan umur ini,tidak terbatas sempadan perbahasannya baik dari keberkatannya,pengisiaannya,penjang pendeknya dan banyak lagi.Namun disini ,ana Cuma ingin mencetus rasa berfikir kepada diri ana sendiri dan rakan-rakan seperjuangan nilai umur muda kita,sebagai seorang pelajar ataupun pemuda.

Wahai diriku yang terlupa,tidakkah kau lupa bait-bait syair imam ghazali berkaitan umur yang berbunyi :

“Semalam adalah lipatan sejarah yang tidak mungkin datang kembali,esok adalah sebuah harapan yang belum tentu datang bertemu,apa yang kita ada,cuma hari ini dan saat ini”

pesanan ini juga pernah dinukilkan oleh guru ana semasa di sekolah dahulu,pesanan yang dihantar dalam salah satu smsnya sebagai taujihat dan motivasi kepada ana.terima kasih ustaz,ana akan dampaikan segala yang ustaz sampaikan kepada semua,agar ini mampu menjadi “ilm yantafaul bih” ilmu yang berguna yang mampu menjadi penyambung pahala saat waktu kita dikuburan nanti.

Kita kini sebagai pelajar,penuntut ilmu juga masih gagah bergelar pemuda.Istilah-istilah ini mengambarkan perbagai tafsiran dan tanggapan gagah,bersemangat,berani,bijak tidak gentar walau dilanda badai,dan sebagainya.

Usia muda yang mempunyai masa yang banyak,tidak mempunyai tanggungjawab yang tetap ( menjaga anak,hantar anak kesekolah,mencari rezeki ) , mempunyai tenaga yang banyak dan minda yang cerdas.

Di usia inilah yang sepatutnya kita isikan dengan mengumpul segala ilmu,kepakaran,pengalaman yang boleh menjadikan kita insane yang sepatutnya iaiutu insane yang sentiasa memberi bukan hanya menerima.

Teringat kata-kata seorang sahabat :

“jika ingin memberi sesuatu , kita perlu memilikinya dahulu.jika tiada apa yang dimiliki ,apalah yang mampu kita beri”

Di medan inilah kita perlu mujahadah mencari mutiara-mutiara ilmu yang bernilai, bertemu guru-guru,bertalaqi bersama ulama-ulama,membaca,mengkaji..malang sekali usia yang bergitu berharga dengan segala kekuatan tenaga,minda ini kita sia-siakan,kita abaikan dengan perkara lain.Kita tidak mungkin akan bertemu saat dan waktu ini,Ingatlah saat dan waktu ini akan berlalu,dan terus berlalu tanpa memandang kita kembali.

Kitalah bakal pendidik ,murabbi,pendakwah yang bukan hanya di dalam kongkongan sekolah,tetapi di dalam masyarakat yang memerlukan bimbingan.Kitalah ustaz atau ustazah yang akan di Tanya tentang permasalahan agama,yang akan di minta membaca doa,yang akan di minta memandikan jenazah,yang akan di minta mengimamkan solat,yang akan menjadi pimpinan tahlil dan banyak lagi,sesuai potfolio sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini..Inilah nilaian seorang pendidik!!

Tanggungjawab yang disedikit di nyatakan di atas memerlukan suatu persiapan,pengisian ilmu di dada,dan yakin dan percayalah di sana beribu lagi tangungjawab dan bebanan yang terpikul di pundak seorang ustaz,ustazah..

Ana merasakan begitu tidak mampu dan takut mengahadapi perkara ini,walaupun kian menghampiri menamatkan pengajian,tetapi ilmu masih kurang untuk berdepan dengan tanggungjawab yang besar ini.Gunalah masa dan usia yang ada,pesan buat diri dan teman sekalian.Di sini kita berasa di lembah ilmu,pembudayaan ilmu,bersama kita guru-guru yang hebat,ulama-ulama yang takutkan akhirat ,di kesempatan ini,bersamalah kita isi usia kita ini bersama mereka,mengutip ilmu dan pengalaman mereka….

Friday, February 25, 2011

Doakan daku tetap istiqamah..


Lama jejari anugerah kurniaan illahi ini tidak berlari melakar akrasa abjad membentuk kata prasa seterusnya ayat buat tatapan sendiri juga coretan kongsian buat teman-teman.

Sedar tidak sedar sudah hampir setahun lebih ini senyap membisu tanpa bicara,sibuk? Ya.benar kadang kala memang kesibukan membataskan gerak serta jalan.lantaran itu kita sering diingatkan dengan sebuah hadis junjungan mulia :-

“Jagalah 5 perkara sebelum datang lima perkara,sihat sebelum sakit,lapang sebelum sempit,muda sebelum tua,kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.”

Namun jika di bandingkan dengan penulis-penulis lain mereka jauh lebih sibuk dari ana,tapi ada jua mada diluangkan berkongsi idea,ilmu pengalaman untk semua.benarlah bait syair arab ini :

“Kita di sibukkan dengan hal-hal dunia siang dan malam,hinggalah mulut kita di masukkan tanah”

Insyaalah sata akan cuba mengaktifkan semula diri ini di medan dan ruang yang ada ini sebaik mungkin.

Biarlah jejari pena ini berlari dan pembaca sekalian dapat membaca dan memahami isinya tanpa suara,kerana saya bukanlah hebat dalam berbicara,mampu menarik minat pendengar dan mungkin dengan cara ini teman-teman dapat merasai apa yang hendak di sampaikan dan di sini bicara katanya terus dari hati.

Doakan saya diberi kekuatan untuk menempuh kehidupan ini,seterusnya tetapkan iman dalam menempuh jalan juang ini….

blogger templates 3 columns | Make Money Online