Photobucket

Wednesday, April 22, 2009

KEMILAUAN PERIBADI SEORANG INSAN TUA

Kita banyak membaca kisah-kisah ketokohan ramai pemuka-pemuka yang tampil di kalangan sesebuah masyarakat dengan sifat-sifat kepimpinan,kehandalan,kehebatan tak kiralah dalam apa jua aspek dan pandangan mata,namun yang diangkat sebagai seorang ikon tersebut pastilah seseorang yang punya keistimewaanya yang tersendiri.

Insan yang ingin dipaparkan keindahan peri budinya inilah yang telah membuat saya telah jatuh cinta padanya.sejak dibangku persekolahan hingga kini wajahnya sering menjadi tatapan,hmmm..terasa bagai ditusuk panahan cinta saat kerinduaan datang menyapa.pengubatan rindu wajahnya menjadi hidangan mata.

Tak kenal,maka tak cinta,benar juga kata orang tua-tua dahulu yang menyimpan sejuta hikmah padanya.marilah kita berkenalan dengan insan yang menjadi kesayangan semua orang ini.

Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,dilahirkan pada tahun 1931 di kampung Pulau Melaka yang terletak kira-kira 7 KM dari Kota Bharu.Anak kepada seorang ulama' yang tersohor keilmuannya di bumi Kelantan Darul Naum Tok Guru Haji Nik Mat B. Raja Banjar.


Mendapat pendidikan awal di pondok Tuan Guru Hj Abbas,Besut,Terengganu.Pada Tahun 1952,beliau mengembara menimba khazanah keilmuan yang tersimpan di bumi India,iaitu di Universiti Deoband,India,kemudian ke Universiti Lahore Pakistan.semakin dicari semakin rasa terlalu sedikit ilmu di dada,Beliau meneruskan pengajiannya di Universiti Al-Azhar mengambil sarjana muda bahasa arab seterusnya sarjana Perundangan Islam.Tok Guru mampu berbicara dalam beberapa bahasa antaranya bahasa arab,urdu,tamil dan english.

Kekaguman pada insan ini bukanlah hanya sekadar beliau seorang Mursyidul Am Pas,bukan juga sekadar untuk melobi dan mengangkat beliau.tetapi hanyalah sekadar untuk sama-sama kita merasai kehadiran seorang ulama' dan merasai apa perlunya pula seorang ulama' itu berada di kerusi Kemudi?.Coretan dari tangan yang naif lagi hina ini cuma bertolak dari kesedaran untuk menyingkap rekod lama demi membuat satu penilaian prestasi ke atas seorang ulama'. Pada masa yang sama,ingin mengimbau ruh jihad,kesungguhan dan istiqomah dari bara perjuagannya.

Tidak tahu dari mana perlunya dimulakan nukilan ini,jika kita sering mengkaji tulisan-tulisan berkaitan ketokohan,pastinya dimulai dengan perbagai gaya penulisan bagi menampakkan gemilangnya tokoh tersebut.Pada saya jika ingin dilihat dengan lebih mendalam,saya sarankan tinjau-tinjaulah geleri-geleri buku yang mengambarkan perjalanan Insan ini,kerana saya bukanlah layak bagi membicara bagai orang yang lebih arif berkenaan beliau.Diri ini cuma laksana seorang pencinta,yang mana orang yang dicintai itu sama sekali tidak mengenali sang pencinta tersebut.Hmmm..sekadar ingin membuka mata bagi yang belum pernah melihatinya dari pandangan mata hati.

Sejak 18 tahun,tanah indah sekebun bunga ini telah menjadi saksi juga bukti pahit maung,suka duka tangis tawa yang saban hari tak jemu merakamkan perjalanan kehidupan Insan penuh bakti ini.Bergelar Menteri Besar baginya bukanlah satu gelaran yang membolehkan beliau berdiri dengan pakaian kebanggaan,penuh sombong dan jauh dari rakyat,yang dipilih hanyalah cukup hidup menumpang di bumi Allah yang sementara ini.

teratak usang seorang Menteri Besar

Baginya Tugas sebagai pemimpin ialah bagi memastikan setiap rakyatnya tak kira apa agama dianuti,cina,india,melayu,siam dan sebagainya dapat merasai kehidupan yang aman dan beragama di bawah naungan islam.Islam menjadi dasar hidupnya.Di setiap siri kuliah acap kali mengingatkan para pendengarnya bahawa islam merupakan satu cara hidup,laksana membeli sebuah kereta di sediakan manual penggunaannya,jadi ikutlah setiap langkah dan panduan yang diberikan,jika tidak maka mungkin berlanggar,rosak atau sebagainya.Begitu juga Islam.Diturunkan Quran,hadith sebagai panduan dan Rasul itu juru bicaranya,jika mahu hidup selamat turutilah sahajalah panduan yang diberikan..Mudahkan..

Harta bukanlah tujuan hidupnya,setiap bulan sejak 18 tahun gajinya di POTONG 45% untuk rakyat dan parti.Alangkah banyaknya saham yang beliau perolehi kerana sejak 18 tahun seluruh rakyatnya menikmati kemudahan dari pemberiannya.Keretanya tetap 1 sejak dahulu,selagi mampu bergerak tak akan ditukar.Elaun keraian bagi acara tahunan seperti berbuka puasa dan sambutan hari raya mencecah RM 33,000 setiap tahun tidak pernah diambil malah di hulurkan penuh ikhlas di Tabung Kerajaan Negeri untuk kebajikan rakyatnya.Pernah satu masa lalu sebelum Tuan sabariah bin Tuan Ishak ingin membeli seutas gelang yang dikumpul dari duitnya sendiri,dan bait kata ini lahir dari mulut Tok Guru " yah jangan beli banyak-banyak pula.takut kecil hati orang-orang yang tidak mampu" .Dalam apa aspek pun rakyat menjadi perhatian beliau dan betapa ingin beliau menjaga hati-hati setiap rakyat yang duduk bernaung di bawah pimpinannya.

kediaman rasminya di JKR10 tak pernah di diami,baginya cukuplah apa yang ada dan biarlah dirinya sama dengan rakyat lain.Tak pernah ada orang gaji.Pernah saya melihat satu rakaman berkenaan Tok guru.Beliau sendiri yang mengangkat air untuk dihidangkan kepada tetamunya.Malah kediaman Rasminya itu dijadikan tempat perpindahan mangsa banjir untuk rakyat-rakyatnya.Pengalaman semasa di bangku sekolah dahulu,melawat teratak ini.Kunjungan kami tanpa membuat sebarang temu janji dengan beliau,sekadar ingin menziarahi beliau.Kami disambut dengan penuh rasa hormat,walaupun pada mulanya anaknya menyatakan Tok Guru kurang sihat,namun beliau tetap turun bertemu kami.

Setiap Subuh sosok inilah yang akan bangun seawal 4 pagi untuk membaca ayat-ayat al-quran sebelum melangkah ke masjid di tepi rumahnya untuk memimpin solat berjamaah dan setiap pagi puluhan orang akan membawa anak mereka bagi meminta Seorang MB inilah mentahnidkan anak-anak mereka.

Setiap pagi jumaat,jalan Dato' Pati,sekitar jam 7.00 pagi ribuan rakyat kelantan akan membanjiri Dataran Ilmu ini bagi mengutip butir-butir kemilauan permata keilmuan Tok guru,18 TAHUN,18 TAHUN seorang MB memberi kuliahnya pada rakyat.Beliau akan mengelilingi setiap inci bumi jajahannya bagi menyampaikan khutbah jumaat.18 TAHUN kerajaan tanpa Rasuah.

Beliau adalah kemilauan permata yang lahir saat dunia kian runcing diragut maksiat yang membuas,saat dunia hilang arah..Adakah ada sepertinya seorang pemimpin tertinggi negeri yang mudah dirapati,sanggup memotong gaji untuk rakyatnya,memimpin rakyatnya agar sentisa bertaqwa kepada Allah,adakah ada sepertinya yang berjalan tanpa sebarang pengawal keselamatan,yang mudah bersalam dengannya,bertemu tanpa banyak protokol dan birokrasi,tangan yang begitu pemurah.

Semoga ALLAH sentiasa merahmati Insan yang telah menghambakan dirinya bagi menjulang agama Allah,padanya hanya mengharap semua menerima Islam dalam setiap ruang lingkup kehidupan dan menolak segala fahaman yang menghalang ISLAM tertegak tak kiralah sekularnya,nasionalisnya,sosialisnya...

air mata rintihan seorang hamba yang menghamparkan seluruh pengangharapan kepada-NYA

Sama-samalah kita bantu perjuangan suci ini dengan apa cara sekali pun.Doakan jua moga kesihatan Tok Guru kian bertambah baik agar dapat beliau meneruskan perjuangan.



Friday, April 17, 2009

Misteri Kristal Air

“Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup.Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (QS. 21:30)”

Kuliah Darussyifa' kali ini yang di sampaikan oleh salah seorang tenaga pengajar di Darussyifa' iaitu Ir Tengku Ahmad yang pernah bekerja sebagai jurutera di MARDI .Beliau menceritakan keajaiban air dan kuasa Allah S.W.T. Ustaz menceritakan ttg kajian professor jepun yg bernama Dr.mMasaru Emoto yg b’jaya m’hasilkan foto kristal air dgn cara membekukan air tersebut pada suhu -25’C dan difoto dgn kamera b’kelajuan tinggi.Dr. Masaru Emoto, yang di lahir di yokohama tahun 1943,beliau seorang doktor perubatan alternatif yang berusaha untuk mencari misteri yang ada di dalam air atau tepatnya kristal-kristal air.

Setitis air yang didinginkan, kalau dilihat dengan mikroskop berbentuk kristal-kristal yang terbentuk dari molekul H2O yang membeku, dan anehnya menurut mr. Emoto ini, bentuk kristal akan selalu berbeza.
Sebagai contoh, beberapa tabung suling yang diisi air dijadikan percobaan dengan ditampal tulisan.
Tabung pertama dijadikan tabung nuetral yang tidak ditampal apa-apa tulisan
Tabung kedua diberi tulisan Love and Appreciation.
Tabung ketiga ditampal tulisan Thank You.
Tabung berikutnya ditampal kata-kata You Make Me Sick, I Will Kill You.
Sedangkan tabung terakihr ditampal nama dan gambar Adolph Hitler, dan Mother Theresa.
Keesokan hari setitis air diambil , didinginkan, lalu kristal airnya di rakam melalui mikroskop.

Dan hasilnya sungguh menakjubkan Air yang yang diberi tulisan yang baik menghasilkan kristalnya dengan indah, sedangkan air yang ditampal dengan tulisan buruk mengalami kekacauan pada kristalnya.

Mr. Emoto menggatakan bahwa energi pemiikiran kitalah yang mempengaruhi air tersebut. Ketika kita menuliskan sesuatu, maka tulisan itupun menggerakkan energi pemiikiran, kehendak dan energi batin kita yang nantinya mempengaruhi air tersebut.
kebanyakkan sampel yg beliau dpt dari seluruh dunia adalah hampir sama kecuali satu sampel ini cukup berkelainan dan sgt indah. Satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik.Ini merupakan Air Zam-Zam

Dari hal tersebut membuat kita semakin lebih yakin tentang doa yang perlu dilakukan sebelum mengerjakan segala sesuatu sebagaimana diperintahkan oleh baginda Rasul S.A.W. Hampir 70-80% tubuh badan kita mengandung unsur air.

pernahkan kita bayangkan, apabila kita selalu memiliki persepsi baik, tenang dan optimis, maka ketenangan jiwa akan muncul, dan semua tugas dan pekerjaan yang dilakukan diharapkan menghasilkan sesuatu yang memberikan nilai lebih pada diri kita.

Oleh karena itu, kita sebaiknya menghindari prasangka buruk, ucapan-ucapan yang kotor dan tidak berguna agar semua menjadi lebih baik, serta jangan lupa untuk selalu berdoa setiap akan mengerjakan sesuatu.

Bila kita renungkan berpuluh ayat Al Quran tentang air, kita akan tersentak bahwa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahwa air tidak sekadar benda mati. Dia menyimpan kekuatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat wajib perlu air wudhu 5 kali sehari. Habis bercampur, suami isteri wajib mandi. Mati pun wajib dimandikan. . Kita masih perlakukan air tanpa .Namun kita sering menggunakan air secara membazir, bahkan kita cemari. Astaghfirullah.

Antara bentuk-bentuk kristal yang terbentuk pada air yang diucapkan dengan kata-kata yang baik ,ayat al-quran dan selawat



Air yang disebut padanya kata-kata yang tidak baik ataupun gambar-gambar yang tidak baik





100 FAKTA KELANTAN 100 BAKAL MENGUBAH MALAYSIA




17 tahun bukan waktu yang pendek,17 tahun juga bukan waktu yang panjang

Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta bukti

kewibawaan islam agama memerintah

Mentadbir dan membangun Negara

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah ..,tuan-tuan

Di zaman manusia buat apa saja untuk hidup senang

menipu,mencuri merasuah membunuh Memurtad

sekalipun zaman metralisma hiburan gila-gila di kemuncak ini

Di kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni

Di kelantan tiada judi utk mempersia-sia ikhtiar manusia

Di kelantan Nite club untuk menghina wanita

Di kelantan Kadar jenayah paling rendah

Di kelantan Aktiviti ekonominya di tangan islam

100 fakta kelantan 100 bakal mengubah Malaysia

Kerja 5 hari sminggu di kelantanlah bermula

Cuti bersalin 60 hari di kelantanlah bermula

Insuran kematian untuk seluruh rakyat warga mas juga bermulannya

di kelantanlah bermulanya takaful kifalah

100 fakta kelantan 100 bakal mengubah Malaysia

Di kota bharu pasar basah paling besar dan cantik

3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat

Dinamakan nama isteri rasulullah siti khadijah

Di kelantan ekomoni riba tidak diiktiraf

Biar kita rugi kata tok guru

Asalkan tidak tak marah tuhan

Tetapi mereka tak rugi kerana mengumpul wang dan harta

nak senang Sementara di dunia bukan tujuan

tujuan ialah mengumpul pahala

untuk bahagia abadi di syurga

bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta kelantan 100 bakal mengubah Malaysia

Di kelantan tuan-tuan

Menteri besarnya seorang tok guru

Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah

Tiap-tiap pagi sebelum ke pejabat

17 thn masih tinggal di rumah kmpg berkembar masjid

Tak ada pagar,tak da pangawal ,tak ada org gaji pun

Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa

Dia seorang yang warak dan zuhud

Gaji setiap bulan di potong 45 peratus

Untuk parti dan kerajaan

Sejak dulu elaun rumah tak pernah ambil

elaun keraian tak pernah ambil

elaun buka puasa tak pernah ambil

elaun hari raya pun tak pernah ambil

Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah

Itulah menteri besar kelantan

Baru-baru ini BPR datang ke pajanbatnya

Bukan kerana dia rasuah

Tapi kerana dia tak buat report

ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta kelantan 100 bakal mengubah Malaysia..,tuan-tuan

100 ini bakal merobah malaysia

Waktu mula-mula dulu meraka kata

3 bulan sahaja kerajaan pas akan bangkap tak da duit nak perintah negeri

Kemudian tambah sedikit 6 bulan

Kemudian jadi setahun

Sekarang 18 tahun dan ekonomi kelantan semakin segar

Walau diskriminasi olh kerajaan pusat

Bermacam helah namun 17 tahun

Tanpa riba,tanpa rasuah ,tanpa maksiat,

Ekonomi kelantan meningkat mengatasi 5 negeri lain

Dulu no 2 termiskin,sekarang no 6 di malaysia

Dan di kelantan…tuan-tuan

tak ada tol

Nampak mahupun tidak

Harga barangan dan mknn pun kekal murah

Dan harga nikah pun masih murah

100 fakta kelntan 100 bakal mengubah Malaysia,

belajarlah kita dari kelantan

belajarlah kita dari tok guru ,

belajarlah kita berfikir sebagai insan merdeka

bebaskan minda....

bebaskan minda..


Sajak nukilan Dinsman

Wednesday, April 15, 2009

Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Costantinople

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……

Nama Muhammad Al-Fateh telah lama saya dengari,nama pemimpin agubg inilah yang sering menjadi misalan bagi mengindahkan bait-bait kata yang terbaris di teks-teks syarahan saya ketika di sekolah dahulu..namun siapakah sebenar yang di gelar Al-Fateh ini tidak diketahui sehinggalah perjalanan hidup ini membawa saya ke lautan ilmu.Saya mengenali Sultan Muhammada Al-Fateh dengan lebih dekat melalui pembacaan sebuah novel sejarah islam iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel karya Abdul Latip Talib.novel yang di beli ketika menunggu bas hendak pulang ke kampung di hentian Puduraya.selepas beberapa minit berada di dalam bas,saya membelek-belek buku yang telah dibeli sebentar tadi.kebiasaannya saya tidak mampu bertahan lama membaca di dalam bas,kerana kepala akan menjadi pening.Namun,sadar tak sedar hampir separuh buku tersebut saya tatapi,tak sedar apa yang berlaku.dan setelah sampai di taiping,saya telah membaca kira2 separuh buku tersebut,pengembaraan saya bersama Al-Fateh diteruskan dan malam itu juga saya telah menghabiskan buku tersebut...




Kekaguman pada peribadinya,kehebatan,ketaqwaannya,kebijaksaannya serta seorang pemimpin muda seusia awal 20-an yang begitu optimis dengan kata-kata Baginda Rasul S.A.W...Insyaallah andai punya rezeki,zuriat pembuka akan dimahkotakan dengan nama pemimpin agung ini Muhammad Al-Fateh.Dan harapan dan cita-cita saya ingin melihat dan menyentuh sendiri Aya Sophia yang menjadi saksi Pembukaan Kota Konstantinopel...

MARILAH BERSAMA KITA MENGENALI BELIAU

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

Tuesday, April 14, 2009

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan


Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam(seorang India)


Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

  1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
  2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
  3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
  4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
  5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

Saturday, April 4, 2009

Ds Nizar MB Rakyat Perak

Sabarlah Ds Nizar!

Ali Imran, Ayat 26

“Katakanlah wahai Tuhan yang mempunyai kekuasaan, Engkau berikan Kerajaan (pemerintahan) kepada mereka yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada mereka yang Engkau kehendaki.”

“Engkau Muliakan mereka yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan mereka yang Engkau kehendaki.”

“Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Sekiranya rakyat tidak diberi peluang membuat keputuan,selagi itu kerajaan yang ada akan terus menyeret istana ke kancah politik.

sejak awal lagi saya berpendapat sulatan sepatutnya membubarkan dun dan bukan melantik kerajaan baru meskipun kuasa itu ada di tangan baginda.apa yang berlaku jelas menunjukkan ketidakwajaran itu.

Meskipun tindakan speaker dun perak itu kelihatan melampau,ia adalah dalam bidang kuasa beliau.Meraka boleh kata apa yang mereka suka,kuasa speaker memang begitu dan mahkamah sendiri pun tidak akan masuk campur.dan sekirannya mereka tidak berhati-hati mereka boleh dikenakan hukuman kerana ingkar arahan speaker atau menghina dun perak.


“Sepatutnya yang bertanggungjawab mencetus isu tersebut dan membawa tiga Adun terbabit ke Istana Perak perlu disiasat SPRM kerana segala masalah yang berlaku sekarang berpunca dari situ.

“Kita belum mendengar ada maklumat badan tersebut menyiasat Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru dilantik, kerana difahamkan dia ada hubungan dengan tiga Adun tersebut hilang dan muncul di Putrajaya.

“Selama tidak ada sifat taqwa pada pengerusi dan jawatankuasanya, mereka tidak akan melakukan siasatan ke atas pemimpin negara. Yang disiasat hanya anak-anak bilis.


“Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka.
“Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua,”


Undilah PAS…. BerubahUntuk Kemenangan Rakyat

Bila Tok Guru tanya BijakSANA atau BijakSINI?

kunjungan ke kelantan bukanlah jangkal bagi saya,sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun saya akan ke sana dengan tujuan dan matlamat tertentu..adakala untuk menuntut ilmu di bumi yang subur dengan kuliah-kuliah agama yang mekar dengan pengajian-pangajian ilmu di balasoh-balasoh,di masjid-masjid,di pondok-pondok hatta di tengah-tengah bandar Kota Bharu...hujung tahun lepas ketika cuti sem hujung tahun alhamdulillah saya berada di serambi makkah ini beberapa minggu dalam usaha mencari mutiara berharga untuk menjadi bekal hidup di dunia dan akhirat,walaupun ketika itu cuaca kurang baik kerana musim hujan,tetapi semuanya berjalan lancar..dan harapan saya sejak dahulu lagi ingin mendengar sendiri kuliah jumaat yang disampaikan oleh seorang ulama terhias pada dirinya kemilauan cahaya keimanan,tercampar di wajah tuanya ketulusan keikhlasan,seorang model yang persis keperibadian baginda Rasul S.A.W,seorang yang telah membuka mata masyarakat dunia,yang mengejutkan manusia yang lena dari lana yang panjang,pemecah kepalsuan,pembongkar pembohongan yang menyatakan bahawa ULAMA TIDAK MAMPU MEMERINTAH.

Jodoh pertemuan di tangan Allah..saya tidak berkesampatan mendengar kuliah jumaat tersebut..namun pertemuan dengan Tok Guru sudah acap kali...dan pernah juga tidur di masjid beliau di pulau melaka...pada 13 mac yg lepas saya berkesempatan ke dataran ilmu yang mana menjadi tempat ribuan manusia menadah curahan ilmu seorang Menteri Besar yang berjiwa daie..namun..semamangnya jodah pertemuan di tangan Allah..pada hari tersebut..Tok Guru tidak mayampaikan kuliahnya tetapi diganti oleh Ustaz Nasuruddin Daud yang juag merupakan Speaker DUN kelantan.

walaubagaimanapun..setiap kuliah Tok Guru akan saya ikuti melalui koleksi-koleksi video-video kuliah jumaat beliau yang telah disediakan di kelantanTV(http://www.kelantan.tv/).Hingga saya mampu bercakap menggunakan loghat kelantan..(skit2 jelah).



Tuan Guru Nik Abdul Aziz seorang tokoh Menteri Besar yang mentadbir sebuah negeri bernama Darul Naim ini banyak menyentuh hati ini mengenai hakikat kepimpinan Islam yang sebenarnya. Perwatakannya, tutur katanya, penampilannya mampu membuatkan diri ini terkesima dan terkeliru pemimpin negara atau rakyat biasakah beliau ini? Serba serbi sederhana, malah..jika ditanya pada saya bahagian manakah dalam penampilannya yang boleh menunjukkan bahawa beliau seorang Menteri Besar, maka saya hanya mampu menggeleng memberi jawapan tidak tahu!

Kezuhudan beliau terhadap dunia meskipun bergelar seorang Menteri Besar, lantas membuatkan diri ini terasa jauh benar dari beliau, saya? Seorang manusia alpa, yang telah menghidap penyakit ‘Al-Wahnu’ sekian lamanya. Terkadang lupa bahawa Allah dan RasulNYA perlu dicintai lebih dari segalanya. Membelek-belek gadget sekitar diri; telefon bimbit, jam, kasut, baju, wallet, laptop..hmm..nampaknya..seolah-olah perkataan ‘Zuhud’ susah benar hendak melekat pada diri ini. Ya Allah..aku perlukan penyucian hati!

Kata Tok Guru “Ambo kalau ikutkan bulih jah, tuntut elaun rumah, elaun itu, elaun ini tapi ambo runsing kalau-kalau elaun itu sok Allah tanya di Padang Mahsyar kelak. Itu hok mu ko, hok rakyat? Manusia loni, keno bijakSANA jangan bijakSINI! Ore hok bijaksana, dio bijok blako tapi kalu ore bijaksini dio bijaksini jah.”

Sungguh, otak bahagian bahasa saya berkerja keras untuk ‘menterjemahkan’ setiap butir perkataan yang tok guru syarahkan. Namun bahagian ini yang paling saya jelas dan punya keberanian untuk disampaikan dalam Tinta Al-Murabbi. Loghat Kelantan ini membunuhku! Mujur, ada rakan berdarah Kelantan di sebelah yang sudi menjadi ‘DUTA’ penterjemah kepada saya. Terima Kasih Din! =)

Orang yang bijaksana, segala-galanya bijak, bijak merancang, bijak mentadbir, bijak mengurus, bijak bertindak, bijak itu, bijak ini. Namun, apa yang lebih penting daripada itu ialah orang yang bijaksana itu akan bijak sehingga ke SANA! Merancang untuk ke SANA, Mentadbir hingga ke SANA, Mengurus untuk ke SANA, Bertindak untuk ke SANA. Pendek kata, segala-gala yang dibuat untuk hari ini adalah bekalan untuk ke SANA! SANA? = Akhirat kelak wahai sang pembaca!

Berbeza dengan orang yang bijaksini. Hanya bijak merancang untuk di SINI, mengurus untuk di SINI, bertindak untuk di SINI, mentadbir untuk di SINI, segala-galanya adalah untuk di SINI! Sini tu adalah di Dunia yang fana’ ini sahaja! Oleh kerana itu, mereka dari golongan ini amat pendek akal fikiran mereka. Dan disebabkan ‘Mind Set’ seperti inilah manusia hari ini tidak segan silu melakukan kemungkaran dan maksiat! Mengambil rasuah, Berzina, serta pelbagai lagi amalan Ahli Neraka. Mereka menyangka dengan aqal licik mereka berjaya terlepas di dunia, hal yang sama boleh di aplikasikan di Yaumul Mahsyar kelak! Alangkahnya bodohnya pemikiran serupa ini!
Barangkali mereka lupa ayat Allah:-

"Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" (al Zalzalah: 6-8)


Wednesday, April 1, 2009

Doa....


blogger templates 3 columns | Make Money Online