Photobucket

Wednesday, December 3, 2008

HIDAYAH


Bintang pop Michael Jackson telah masuk Islam dan berganti nama menjadi Mikaeel, ungkap Daily Mail, Jumat. Penyanyi berusia 50 tahun itu dilaporkan menjadi Muslim dalam suatu upacara di rumah temannya di Los Angeles.
Michael Jackson yang dibesarkan dalam agama Saksi Jehovah, disebut-sebut duduk di lantai dan mengenakan topi kecil saat sahadat di kediaman Steve Porcaro, komposer musik pada album Thriller.
Dia tertarik dengan Islam setelah berdiskusi dengan penulis lagu asal Kanada, David Wharnsby dan produser Phillip Bubal.
“Mereka berbicara kepada dia tentang keyakinan mereka dan bagaimana mereka menjadi orang yang lebih baik setelah masuk Islam. Michael segera tertarik. Seorang Imam dipanggil dari masjid dan Michael mengucapkan sahadat,” kata seorang sumber.
Saudara Jackson, Jermaine Friday, sebelumnya telah memberi sinyal bahwa sang bintang sedang mempertimbangkan untuk memeluk Islam.
“Ketika saya pulang dari Makkah, saya beri dia banyak buku dan dia bertanya tentang banyak hal mengenai agama saya dan saya bilang Islam itu damai dan indah,” kata Friday yang masuk Islam sejak 1989

Monday, November 17, 2008

Di Hujung Pena Seorang Hamba


Artikel kali ini saya ingin berkongsi bersama pengalaman hidup saya sendiri yang mungkin dapat menjadi mauizah untuk diri yang lemah ini dan mungkin dapat menjadi renungan kepada sahabat-sahabat sekalian bahwa hakikat sebenar kehidupan ini tak sunyi dengan ujian,x pernah sepi dengan dugaan dan ketahuilah setiap yang bergelar insan pastinya akan diuji oleh Tuhan Yang Esa,sama ada diuji dengan harta,wang ringgit,kemewahan,kemiskinan,jawatan,wanita dan sebagainya.

Kira-kira 3 tahun yang lalu,sebelum masuk IPIS,masa tunggu keputusan SPM,isi la borang nk masuk U,hajat di hati nk masuk UM,ambik Pengajian Islam tak pn Pendidikan Islam.pernah 1 hari warden asrama tempat saya dok bljaq dlu Asrama Sekolah Menengah Abu Bakar Al-Baqir mencadangkan kt saya ..

“Hafizul,lps spm ambk la STPM” , saya pun jawab la “ abi (panggilan untuk warden kami),dalam kamus hidup saya xda perkataan STPM abi”..

Bukan la nak bongkak,sombong,jauh sekali bangga diri..tapi saya ada cita2,membawa sebuah harapan sebagai anak sulung,memikul tingginya harapan seorang nenek,org kampong,ustaz saya dan ramai lg… Bukan apa sebelum tu,nenek selalu bagi tau..

“kainak bljar jadik ustaz lah,kalukuk jadi ustaz kainak hingkat bacai doa,handak jua aku maniring kauk jadi ustaz,didak sipa dah handak diharapkan” kata nenek dalam bahasa banjar la ( maka beruntunglah sesiapa yang mengerti bahasa banjar) hehehe….

1 lg peristiwa yang kekal segar dalam ingatan,masa tu 14 mei 2006 kira2 pukul 12.30 pagi…ustaz saya yang paling di kasihi hantar sms,yang bertaip
“zul,ustaz doakan zul dapat masuk IPI”..aku pn balas la
“syukran ustaz,tp IPI tu apa?” masa 2 x tau lah IPI 2 benda apa.ustaz pn balas
“institute perguruan islam la,ustaz tengah kursus dekat cni”

Masa berlalu tanpa disedari,tiba la masa keputusan U diumumkan,dan saya x dapat g mana2..xpelah xda rezeki kot..mengharap lagi tunggu panggilan kedua..sampai la dekat bulan 7 xda khabar berita…x da pilihan masuk la form 6 kt Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah,kt Bota Perak…

Hari ahad malam isnin sebelum berangkat pergi ke KASAS,ustaz saya hantar sms ajak g makan kt sebuah kedai makan dekat dengan rumah…saya pun pergilah…duduk la 1 meja..dua-dua senyap tanpa suara…tiba-tiba air mata mengalir keluar…ustaz saya senyap je..dia tau saya tengah sedih x dapat terima hakikat….dia pn memulakan bicara…

“hmm..xbest la Piala Dunia tahun ni,Brazil kalah awal”
Aik..xpernah-pernah cakap pasal bola ustaz aku ni…ustaz memang memahami saya..dia tau kalau buka cerita pasal apa yang berlaku tentu lagi banyak air mata yang keluar..
Malam tu,kami banyak berbincang tentang isu-isu semasa..x sentuh langsung tentang apa yang berlaku,,di akhir pertemuan yang penuh syahdu malam tu..ustaz memanggil saya ke keretanya..lalu ustaz hulurkan sebungkus hadiah..”teruskan perjuangan”…

2 minggu saya di KASAS,hanya jasad sahaja yang ada,tapi Ruh,jiwa,fikiran xda langsung di situ…ingat lagi masa matapelajaran pertama yang diajar ,Pengajian Am 1,saya xdapat bagi tumpuan langsung,walau 0.00001 %....dalam hati bermonoloq sendiri..

“kanapa aku ada kt sini????” persoaan yang berulang-ulang kali bermaian di dalam fikiran.

Sebenarnya persoalan tadi walaupun hanya aku sahaja yang tahu,tapi sebenarnya saya telah mempersoalkan keadilan Yang Maha Adil..Astaqfirulllahhhh…ampunkan hamba mu yang lemah ini Ya Allah,Xmampu menahan ujian yang hanya sekecil ini..

Antara perkara gila yang pernah saya buat semasa kt KASAS dulu ialah..saya tulis letter head kt semua kertas kajang saya…

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,UNIVERSITI MALAYA

Kononnya student UM la …….Ya Allah…

Pada hari selasa minggu kedua saya di sana,keputusan panggilan kedua keluar..sekali lagi Tuhan Uji saya,xdapat mana-mana lagi..sedangkan ada seorang kawan ini..SPM dia lebih rendah daripada saya,tapi dapat masuk UM..

Sekali lagi air mata bercucuran jatuh..masa tu,xda dah perasaan malu ke,segan ke,depan semua kawan-kawan,saya xdapat menahan kesedihan yang amat ini…saya berlari ke tingkat paling atas,pandang ke langgit sambil menuturkan bait lagu kumpulan Devotes,Tika Dini Hari..

“Tuhan…jangan bebankan kami..dengan bebanan yang berat,
Seperti yang telah kau berikan kepada umat terdahulu..dari kami..”

Hanya Allah sahaja yang tahu,,rasa hati ini tika itu…
Tiada tempat untuk mengadu…ustaz jauh dipandangan mata..mujur la ada seorang warden asrama disitu yang cuba menanangkan saya..terima kasih ustaz kyahsfi..

Malam itu saya memasang tekat teruskan perjuangan…walau apa pun yabg terjadi..saya ke kelas,balut maja saya dengan baik,susun buku dan sebagainya…
“ aku akan hidup kt sini untuk 2 tahun” tekat dalam hati…

Esoknya hari khamis,keputusan kemasukan untuk ke ipgm panggilan kedua..mamang x ingat langsung..nasib la ada kawan yang ingatkan..tapi masa tu,tiada harapan yang begitu tinggi di letakkan…
“jangan terbang terlalu tinggi,kalau jatuh sakit”
Tanpa harapan yang menggunung,semaklah kt internet di pusat sumber..Ya Allah,..Syukur pada-Mu…Saya diterima ke IPI …Lantas sujud syukur menyembah Yang Esa..

Pagi jumaat esoknya.pulang dengan ayah untuk bersiap menjadi seorang GURU..selepas solat jumaat,ustaz Mahktar dating kerumah…dia mengucapkan tahniah, kami berbual di dalam keretanya seketika…terima kasih Ustaz…ustaz ada di samping saya saat waktu gembira,tika detik kesedihan…Redha kan segala Ilmu mu Maallimku…

Dan…kini saya sedang belajar di IPIS...

Berkatnya doa seorang GURU kepada anak muridnya…..

Semoga saya dapat menjadi seperti ustaz...

Ustaz doakan anak didik mu ini...

Wednesday, November 12, 2008

KOLEKSI KITAB-KITAB YANG DIMILIKI

KITAB FIQH MANJAHI MAZHAB IMAM SYAFIE

Sebuah kitab yang berguna untuk dimiliki,menghurai masalah-masalah fiqh menurut pandangan Imam As-Syafie,bahasa yang mudah,pendekatan yang menarik,juga menyentuh isu-isu kontemporari.Dibahagikan mengikut bab-bab tertentuSesuai untuk dijadikan rujukan kepada para pencinta ilmu dan orang ramai.kalau kitab arab ada 3 jilid,kalau bahasa melayu ada 8 jilid diterbitkan oleh Pustaka Salam...bagi penduduk sekitar Bandar Baru Bangi bolehlah bertalaqi dengan Tuan Guru Dato' Dr Harun Din di Darul Syifa setiap hari khamis malam jumaat minggu pertama dan ke-3
Pengarang : Dr Mustofa Al-Bugha , Dr. Mustofa Al-Khin & Ali Asy-Syarbaji
Diterbitkan Oleh : Darul Qalam,Kaherah.

KITAB AL-AQAIDUL ISLAMIYAH

Sebuah kitab yang membahaskan persoalan-persoalan tentang Aqidah,menggunakan cara penyampaikan yang mencetus rasa berfikir,mengamit naluri mencari,menyentap hati mengakui hakikat kebenaran kewujudan Illahi. Perbahasan yang berkisar tentang ketuhanan,uluhiyah,rubbubiyah,nubuwah,samiyat,kitab-kitab dan sebagainya. Disertakan dalil-dalil daripada Al-Quran & Hadith serta yang paling menarik ialah pendekatan pengarang yang mengaitkan persoalan-persoalan aqidah ini melalui kacatama sains dan kehidupan seharian manusia.Bagi saya kitab ini mesti dimiliki bagi mereka yang ingin mencari hakikat ketuhanan,kepada sesiapa yang ingin mengukuhkan teras aqidahnya.
Pengarang : SAYYID SABIQ
Terbitan : Pustaka Salam




BUKU AYAT-AYAT SURUHAN & AYAT - AYAT LARANGAN

Buku-buku ini disusub dengan menumpulkan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan sesuatu perintah dan larangan yang kemudiannya dikatagorikan menjadi beberapa tajuk.Buku ini amat berguna kepada para pendakwah,penceramah,pendidik,pelajar dan orang ramai.
Terbitan : JAKIM

Saturday, November 8, 2008

Umat Islam Kini - Satu Pengamatan

Ummat Islam mengikut taarif Allah S.W T adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan di antara ummat manusia kerana mereka sentiasa berj i had menegakkan Al-Maaruf dan di waktu yang sama juga mereka mencegah yang mungkar.

Mereka adalah contoh yang terbaik dan pilihan kerana mereka yakin akan wujudnya Allah S.W.T dan percaya sepenuhnya kepada janji-janji Allah, mereka beriman kepada Allah S.W.T dan iman itu ditunjukkan dengan taat dan takwa kepada Allah S.W.T pada setiap saat dalam kehidupan mereka, mahupun apabila mereka sesama mereka ataupun mereka keseorangan diri.
Mereka sedar bahawa belumlah betul-betul dinamai Iman jika belum mendorong orangnya untuk bekerja keras, menerus dengan kerja-kerja Islam (Amal Islami) dan menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada orang lain belum lagi merasai kemanisan dan menikmati cara hidup Islam.

Sesungguhnya tepatlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Iman itu bukanlah angan-angan dan bukan pula perhiasan tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amalan.”

Itulah ummat yang terdahulu yang mendapat didikan Iman dari Madrasah Rasulullah S.A.W yang mana sumber didikan mereka hanya sanya Al-Quran, menilai Rabbani yang sentiasa mendidik dan membetuli mereka dan setiap aktiviti mereka di dalam kehidupan samada dalam bentuk fikiran, tindakan dan amalan.

Di sana masih ada perbezaan yang jauh antara ummat Islam kini dan jenerasi Al-Quran yang pertama dahulu yang mana di dalam jiwa mereka terdapat Iman yang bergelora, menyala, cermat dan waspada.

Sebaliknya Ummat Islam kini mereka mempunyai Iman yang bisu, mandul, tidur nyenyak dalam jiwa dan mereka tidak mematuhi hukum dan tuntutan Iman itu sendiri.


KEADAAN DAN MASALAH YANG SAMA

Sesungguhnya segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruh dunia Islam pada hari ini adalah sama saja. Keadaan Ummat Islam yang sebenarnya telah menyerah kalah kepada pemikiran-pemikiran dan cara hidup yang menggunakan akal fikiran sebagai inti wahyu Illahi. Tiada penafian dalam hal ini kerana masyarakat Islam telah begitu lama dijajah (tanah air dan fikiran) telah jauh dari hakikat hidup dari kacamata Islam. Perhambaan diri mereka tidak hanya sanya pada Allah S.W.T semata-mata sedangkan mereka mengucap dua kalimah Syahadah, mengerjakan sembahyang, berpuasa, mengeluarkan Zakat dan menunaikan Haji di Baitullah.

Apabila kita meninjau ke seluruh pelusuk alam ini, nescaya kita dapat melihat keadaan sebenar Ummat Islam pada hari ini. Ratusan ummat-ummat Islam tidak lagi digeruni oleh musuh-musuh mereka, malah ummat Islam dipermain-mainkan sesuka hati oleh angkatan Jahiliah yang diketuai oleh Syaitan, ummat Islam seolah-olah dibius, jiwa mereka rendah, peribadi mereka juga rendah serta natijah mereka juga dipandang rendah. Kemanakah hilangnya tradisi kegemilangan, kekuatan Islam yang pada satu ketika dulu tradisi telah dapat menarik penganut-penganut cara hidup yang bukan Islam kepada cara hidup Islam.

Wujudnya situasi yang sebegini rupa adalah kerana ummat Islam sendiri telah jahil akan tujuan sebenarnya Islam itu diturunkan kepada seluruh ummat manusia. Ummat Islam kini tidak tahu menghargai Pimpinan Illahi dan merasa rendah dikira apabila menyebut Islam. Ummat Islam pada hari ini tidak boleh lagi dipanggil sebagai ummat Islam, Islam itu tetap ada tetapi ummatnya adalah umpama jasad tanpa nyawa, sebenarnya mereka juga sendiri daripada angkatan jahiliah kerana:

1) Tidak beriman sebenarnya dengan Allah S.W.T
Nampak jahiliah itu dalam bermacam-macam keadaan, tindakan dan aktiviti. Mereka tidak menyerah semua urusan hidup mereka kepada Allah S.W.T. Iman yang sebenarnya ialah dengan menjadikan hanya Allah sahaja sebagai Illah. Perintah dan undang-undang Allah sahaja yang diterima dan dipatuh. Jika tidak, maka uluhiyyatillah kita masih tidak sempurna.

2) Mengikut Hawa Nafsu
Jahiliah dengan hawa nafsu adalah seiringan.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Jaatsiyah (45) ayat 18 yang bermaksud:
“Kemudian kami jadikan kamu berada di atas Syariat (peraturan) dari urusan (Deen) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”
Sekiranya hawa nafsu menghukum walaupun pengikut syariat Allah S.W.T maka masih dikira jahiliah. Hakikat hawa nafsu menghukum ialah ianya berbeza mengikut keadaan dan masa.

3) Mengikut Thaghut
Firman Allah dalam surah Al- Baqarah ayat 257 yang bermaksud:
“Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman,Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (Iman) .Dan orang-orang kafir pelindung-pelindung mereka ialah thaghut,yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan.Mereka itu adalah penghuni neraka,mereka kekal di dalamnya”
Dalam surah Annisa' (4) ayat 76 Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Orang -orang yang beriman berperang di jalan Allah dan Orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kuncu-kuncu syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
Orang-orang yang beriman kepada Allah berjuang dan berperang kerana Allah S.W.T, tetapi orang-orang Jahiliah berjuang bermati-matian untuk mengikut perintah thaghut.

SIFAT-SIFAT MEREKA YANG HIDUP UNTUK ISLAM

Berbeza dengan sifat-sifat yang tersebut di atas,sifat-sifat mereka yang hidup untuk Islam sepatutnya:

a) Benar-benar terikat dan menurut ajaran Islam, Iman dan amal mereka yang selaras, tidak menyuruh orang berbuat baik tanpa dirinya sendiri berbuat baik dan tidak memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukannya.

b) Mengutamakan kepentingan Islam walau di mana sahaja mereka berada. Musuh-musuh Islam tidak dapat meresap masuk dan mengganggu-gugat dengan apa cara sekalipun.

c) Merasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah. Tidak merasa lemah dan dukacita dengan mehnah dan fitnah yang berada di hadapan mereka.

d) sentiasa bekerja untuk Islam bersama-sama dengan Aktivis-aktivis (mujahid-mujahid) Islam yang lain dalam berdakwah kepada Allah, menyuruh dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mereka sentiasa bersama Jamaah Ummah dan patuh kepada kehendak dan pimpinan Jamaah tersebut.

SISTEM WAHYU

Sekiranya Iman merupakan penyelamat dan tenaga penggerak kepada pembangunan kepada generasi Al-Quran yang terdahulu maka Iman itu juga yang menjadi penyelamat dan tenaga penggerak kepada jenerasi ummat yang terkemudian. Dan generasi yang terdahulu telah mengambil Al-Quran untuk mencipta Tamadun..... generasi sekarang mesti mengambil Al-Quran untuk menempah semula tamadun tersebut.

Generasi Al-Quran yang pertama dahulu apabila mereka bertindak melakukan sesuatu, dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi mereka tidak pernah malah takut untuk mendahulukan Allah dan RasulNya. Mereka sentiasa menunggu saranan dan teguran wahyu.... dan apabila ditanzilkan wahyu kepada mereka tanpa persoalan lagi mereka terus melaksanakan kehendak wahyu tersebut samada dalam bentuk suruhan ataupun tegahan bagaikan askar-askar yang menurut perintah ketua mereka.

Oleh itu kita dalam setiap gerak kerja kita mestilah merujuk terlebih dahulu kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dan bersesuaian dengan waki' (realiti) serta ikhlas tanpa ada sedikitpun matlamat duniawi.

Sepatutnya sejarah Tanzil (turun) nya Al-Quran itu menjadi contoh kepada kita dewasa ini. Ia ditanzilkan secara munajjaman(beransur-ansur). Hal ini adalah mengikut fitrah manusia itu sendiri, kalau dulu Al-Quran itu mendidik dan berjinak-jinak dengan jiwa-jiwa generasi sahabat secara munajjaman iaitu mengikut perkembangan pemikiran dan sosial mereka, semestinyalah kita mengikutnya demikian juga. Dengan ini bukanlah bererti yang kita tidak perlu menjalankan undang-undang dan peraturan Allah di muka bumi ini disebabkan kita bermula dengan iman tetapi undang-undang Allah telah lengkap dan mesti dipatuhi sepenuhnya. Apa yang kita maksudkan dengan munajjaman di sini ialah khusus dalam pendidikan jiwa kita.
Mungkin ada sebahagian orang akan merasakan proses ini tidak perlu lagi pada zaman yang serba canggih ini, sedarilah dan insafilah bahawa untuk bersemadinya Iman di dalam hati kita dan dapat melahirkan natijah yang positif sangatlah perlu kita kembali kepada satu proses pendidikan semula setiap jiwa-jiwa muslimin yang ikhlas kepada Islam.

Kita tegaskan di sini, bahawa Islam bukan sekadar Risalah tetapi ianya juga merupakan Manhaj(cara), sunnah dan perjalanan Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik manhaj, sunnah itu adalah Haq dan Haq itu adalah daripada Allah Azza Wajjalla.

Proses pendidikan semula itu perlulah menurut satu persatu landasan yang telah dilalui oleh Muhamad Rasulullah S.A.W dan jenerasi sahabat dahulu. Matlamat hidup perlulah diperbetulkan semula, kesungguhan dan keikhlasan kepada proses itu sendiri perlulah ada pada setiap jiwa yang ingin mengikuti proses pendidikan semula Islam itu, jika tidak natijahnya akan bersimpang-siur.

MASA DEPAN DUNIA ADALAH UNTUK ISLAM

Di kalangan ummat Islam yang telah dibius itu telah ada yang sedar, bangun dan mengejutkan saudaranya yang lain. Seorang demi seorang bangun dan bersatu di bawah panji-panji Aqidah Islam. Seluruh dunia sekarang ini sedang menghadapi pergolakan yang dicetuskan oleh mujahid-mujahid ini. Bagi yang mahu kepada kebenaran mereka menyambut baik akan perkembangan ini, tetapi bagi mereka yang menyintai kekufuran, kezaliman, penyelewengan dan kemaksiatan, insiden ini amatlah tidak disenangi dan mereka cuba sedaya upaya mereka samada secara diplomasi atau kuku besi sekalipun untuk melenyapkan cahaya ini.

Kita bersikap optimis bahawa, masa depan dunia adalah untuk Islam memandangkan kepada keadaan masyarakat dewasa ini yang mana sistem-sistem pembikinan manusia yang dipaksakan kepada mereka jelas tidak mampu untuk menyelamatkan manusia dari segala bentuk bahaya dan kezaliman yang sedang berjalan walau atas nama apa sekalipun tetapi amat dibenci oleh masyarakat terbanyak.

Optimisnya kita bukanlah bererti kita boleh berpeluk tubuh, memerhatikan keadaan dan menunggu natijahnya tetapi ianya menuntut kepada usaha, tenaga, Ilmu, kedudukan, keikhlasan dari kita yang beriman kepada Allah dengan yang sebenarnya.
Oleh itu, perbetulkan Aqidah kita agar Iman kita betul, dengan itu nanti akan benarlah segala amalan kita, Insya-Allah.

PENUTUP

Menyedari bahawa Islam sudah tidak lagi dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat kerana ketandusan Iman, berkepentingan peribadi serta jahil, maka program-program yang positif perlu diambil untuk membetulkan keadaan tersebut.
Abul A'la Al Maududi menyarankan supaya diajak manusia supaya kembali beriman kepada rukun-rukun Iman dengan sebenarnya, membersihkan diri dari segala bentuk kepercayaan tahyul, khurafat dan bid'ah dan membentuk serta membangunkan semula konsep kefahaman Islam yang sebenarnya di kalangan masyarakat.
Inilah jalan yang sah dan betul yang telah dilakukan oleh Harakah Islamiyyah melalui susunan tarbiahnya yang rapi.

Tuesday, September 9, 2008

Tragedi Natrah Gambaran Gahnya Islam Di Malaysia Satu Masa Dulu

Ummat Islam sangat pantang kalau agama suci mereka disentuh atau dipermain-mainkan. Bila terkenang kembali kisah Natrah (bekas isteri Mansor Adabi) yang mana ummat Islam Tanah Melayu membuat rapat umum di Singapura dihadiri lebih 2,000 orang, yang mengakibatkan seramai 18 orang mati syahid dan 173 orang cedera parah bagi mempertahankan akidah seorang muslimah.



Kini, timbul pula isu yang juga melibatkan seorang anak melayu (anak Mansor?) yang mana juga berpotensi membangkitkan kemarahan ummat Islam di Malaysia. Dan tak lupa juga yang sedang dibicarakan iaitu kes Azalina Jailani (Lina Joy).

Berbalik kisah Natrah; ia amat menyayat hati....

1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh

Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura

24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura

28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.



19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.

28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhammad, Siti Aisyah.



2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.



12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.



13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.

25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.

20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.

3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.

26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an

Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans

1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.



Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda.

MOGA-MOGA ALLAH MENYELAMATKAN KITA SEMUA,
HIDUP DAN MATI DENGAN ISLAM!

Friday, May 16, 2008

Sifat-Sifat Asasi Pendidik



1. Ikhlas

a. Taqwa asas keimanan dan pokok pengajaran Islam

b. Taqwa merupakan syarat penerimaan sst amalan

c. Al-Baiyinah:5,Al=Kahfi:110

d. Bersihkan niat dan tujukan semata-mata kerana Allah

2. Bertaqwa

a. Bimbangkan siksa Allah dengan mengawasi diri secara terus-menerus

b. Secara rahsia atau terang-terangan

c. Menempa yang halal dan menjauhi yang haram

d. Taqwa seumpama melalui jalan yang penuh duri

e. Al-Imran :102,Al-Ahzab:70,Al-Hayr:18,Al-Haj:1,At-Thalaq:2-3

3. Berilmu

a. Tahu urusan halal dan haram

b. Faham prinip2 akhlaq, peraturan Islam yang umum

c. Bijaksana dan tahu meletakkan ssy perkara pada tempatnya

d. Berusaha menambahkan ilmu yang memberi manfaat

e. Mempelajari prinsip2 pendidikan Islam yang baik

f. Az-Zumar::9,Al-Mujadalah:11,Taha:114

4. Suka Memaafkan

a. Sederhana dan suka memaafkan

b. Belas kasihan dan merendah diri

c. Kawal diri supaya tidak selalu marah atau bersungut

d. Al-Imran:134,As-Syura:43,Fushilat:34

5. Rasa Bertanggungjawab

a. Merasa suatu tanggungjawab yang besar pada mendidik anak dalam segi keimanan dan kelakuan, jasmani dan rohani serta mental dan fizikal

b. Memimpin, mengawasi dan memerhati, menunjuk dan menyainginya, membiasakan dan mendidiknya

c. Bimbangkan kelalaian dalam mendidik anak-anak

d. Akan disoal oleh Allah swt tentang amanah, tugas dan tanggungjawab di akhirat nanti

e. Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya, penuh persediaan dan kuat keazaman

f. Meletakkan kemurkaan Allah di hadapan mata dan siksa jahannam dalam mencuaikan perkara ini

Rujukan : Pendidikan Anak-anak Dalam Islam ; Dr Abdullah Nasih Ulwan

‘Aku Tidak Peduli’sma Ideologi Siswazah Jumud & Tidur

ISLAM AGAMA KEKITAAN

Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT membawa syariat Islam yang bersifat undang-undang bersama. Islam menukar manusia yang ananiah kepada kekitaan, merasa bersama antara satu sama lain sebagai satu ummah. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka hendaklah kamu memperelokkan di antara dua saudaramu…” (Al-Hujurat 49 : 10)

Sabda Nabi SAW:

“Perumpamaan orang yang beriman di dalam berkasih-kasihan sesama mereka, rahmat merahmati dan sayang menyayangi, adalah seumpama satu jasad. Apabila satu anggota mengeluh, ia memberi kesan kepada seluruh jasad sehingga berjaga dan demam”.

Islam juga menekankan kepentingan hidup bergaul dan memelihara hubungan silaturahim sesama umat. Sabda Nabi SAW:

“Seorang mukmin yang bercampur gaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang dirasai daripada mereka adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dan tidak sabar dengan kesakitan yang dirasai daripada mereka (akibat pergaulan itu)”.

Bahkan Nabi SAW memberikan peringatan berupa ancaman kepada mereka yang mengenepikan sensitiviti dan sikap mengambil berat sesama mukmin dengan sabda Baginda SAW:

“Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka bukanlah dia itu dari kalangan mereka”.

Memutuskan silaturahim dan meninggalkan tuntutan ukhuwwah menjadi kekejian yang besar di dalam Islam. Sabda Nabi SAW:

“Dan janganlah kamu memutuskan (silaturahim), janganlah merancang kejahatan sesama kamu, janganlah benci membenci dan jangan saling berhasad. Jadilah kamu wahai hamba-hamba Allah bersaudara. Tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan saudaranya lebih dari tiga (hari)”

Bukan sahaja di dalam perhubungan sosial, bahkan di dalam ibadah yang zahirnya bersifat peribadi, turut dianjur dan ditegaskan kepentingan melaksanakannya secara berjemaah. Solat seharian dan solat Jumaat bagi kaum lelaki, kewajipan mengeluarkan zakat sebagai imbangan ekonomi dan banyak lagi cabang ibadah, menggambarkan betapa Islam sangat menekankan agar penganutnya hidup bermasyarakat.

SISWAZAH DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Siswazah adalah belia pelajar terpilih. Mereka adalah kelompok pemikir, pengkaji, pencetus dan penjana idea baru lantas sekali gus memikul tanggungjawab sosial yang besar. Tanpa perlu dirangka logiknya, siswazah sudah sedia memahami bahawa mereka adalah elemen yang berkesan di dalam menyampaikan kehendak dan mesej perubahan, sama ada dari pihak masyarakat, mahu pun oleh pihak pemerintah sendiri.

Jika siswazah mendukung dasar kerajaan, ia bermakna dasar itu menuju masa depan yang mantap dan cemerlang. Sekiranya siswazah bangkit memimpin desakan masyarakat, maka perubahan yang besar boleh tercetus di dalam sebuah negara. Contoh-contoh masyhur mahasiswa di negara-negara seperti China, Korea dan blok Eropah Timur, mahu pun di negara umat Islam seperti Indonesia, Turki dan negara-negara Arab Afrika Utara, siswazah telah pun memperlihatkan bahawa suara mereka adalah suara bertenaga, berprinsip dan mesti diberi perhatian.

BAGAIMANA MEREKA BEGITU EFISYEN?

Sudah tentu peranan besar yang dimainkan oleh siswazah itu, bermula dari sikap-sikap dan pendirian yang istimewa. Selain dikurniakan minda cemerlang yang dipupuk, mereka juga adalah kelompok yang sensitif dengan perubahan, tegas berhadapan dengan penyelewengan serta bersemangat menuju kebaikan dan pembelaan.

Tidak mungkin siswazah dapat mendukung aspirasi umat jika mereka itu lesu, ananiah, takut dan hidup berteman bayang-bayang.

MANAKALA YANG LESU…

Telinga siswazah Malaysia dewasa ini lazim disogokkan dengan keluhan bernada sinis, bahawa mereka kini sudah tidak sehebat dulu, mereka tidak lagi menjadi menara tempat suara rakyat dinobat, tidak lagi bertindak selaku pembela, bahkan hanya mengukur kecemerlangan dengan segulung ijazah, yang kualitinya turut dipertikaikan. Kelesuan siswazah adalah sebuah permainan yang bernatijahkan kekalahan tanpa ada pihak yang mendapat manfaat dan menjadi pemenang.

Lantas bedah siasat serius diusahakan oleh semua pihak. Di pihak mahasiswa tempatan, mereka menjadikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai punca utama. AUKU adalah perancangan yang bertujuan mematahkan taring mahasiswa, melesukan mereka, dan menjadikan mereka kelompok yang hanya menurut perancangan, tanpa ada kemampuan merancang.

Manakala siswazah Malaysia di Timur Tengah, mempunyai alasan mereka sendiri. Suasana politik tempatan di negara-negara seperti Jordan, Mesir, Syria dan Arab Saudi (sekadar menyebut beberapa contoh), dianggap sebagai halangan kepada mahasiswa untuk bergerak aktif melaksanakan tugas yang terpikul di bahu mereka.

Sejauh manakah benarnya tanggapan itu? Bagi pelajar yang berada di Timur Tengah seperti Jordan, Mesir dan Arab Saudi, tentunya tidak adil bagi kita untuk membuat ulasan kerana ia hanya sebuah pandangan dari luar, sedangkan “ahli Mekah lebih mengenali lorong-lorongnya”. Maka skop perbincangan kita lebih menjurus kepada realiti setempat iaitu di United Kingdom dan Republik Ireland.

Sejak sekian lama, United Kingdom dan Ireland menyaksikan kehadiran beramai-ramai pelajar Malaysia ke gelanggang pengajian di sini. Pelbagai catatan menarik tentang turun naik gerakan pelajar boleh dicatat. Akan tetapi era selepas ‘War on Terror’ ekoran peristiwa 11 September 2001 di New York memperlihatkan bagaimana senario politik tempatan berubah terutamanya yang melibatkan umat Islam yang berada di sini. Kebebasan yang selama ini menjadi simbol gerakan Islam termasuk gerakan pelajar di United Kingdom dan Republik Ireland memerlukan takrifan baru. Rentak gerak pelajar terpaksa diubah suai agar memenuhi dua syarat iaitu:

  • Bergerak di dalam lingkungan peruntukan undang-undang tempatan yang sewajarnya dihormati dan dipelihara.
  • Terus berkesan di dalam menjalankan peranan masing-masing di dalam lingkungan berkenaan.


RISIKO MENONGKAH ARUS…

Ia ditambah pula dengan perkembangan yang memperlihatkan tekanan yang dikenakan kepada golongan pelajar yang ‘menentang arus’. Ada gerakan pelajar yang menerima hukuman pihak berkuasa dan ia menjadi anjakan paradigma kepada senario aktiviti siswazah di sini.

Jika dahulu, kita melihat gerakan pelajar begitu matang menangani sebarang isu dan perkembangan semasa. Kebijaksanaan siswazah sebagai golongan yang sudah layak mengundi, menjadikan ‘latihan berpolitik’ mereka melalui wadah masing-masing telah menghasilkan ramai golongan yang pada hari ini menjadi generasi pendokong kepimpinan di tanah air yang segar dan berwibawa. Perbezaan fahaman politik diketengahkan ke gelanggang diskusi, forum umum, majlis debat dan lain-lain aktiviti secara ilmiah, ber’isi’ dan menghasilkan pulangan yang lumayan kepada penghasilan generasi pemimpin masa hadapan.

Contoh relevan adalah majlis dialog anjuran Forum Malaysia United Kingdom dan Eire (FMUKE) di Liverpool pada Oktober 1998. Kebebasan berfikir dan menyuarakan pandangan menyaksikan wakil pelajar yang menyokong PAS, ABIM dan JIM yang menjadi teras gagasan berkenaan, boleh duduk sepentas dengan TYT Duta Besar Malaysia ke United Kingdom sebagai wakil kerajaan. Mereka berdialog secara profesional, membincangkan isu paling sensitif di negara kita iaitu Internal Security Act (ISA). Semestinya budaya berlapang dada dan berdiskusi semacam ini sudah tinggal kenangan. Siswazah paling cemerlang yang berada di United Kingdom dan Republik Ireland hari ini menganuti pelbagai dilema psikologi apabila masuk ke gelanggang gerakan pelajar, dan ia hanyalah refleksi kepada dilema yang berakar umbi di tanah air itu sendiri.

Semenjak peristiwa reformasi jalanan pada tahun 1998, pelbagai perubahan dapat dilihat di dalam kematangan rakyat berpolitik dan melukis perubahan serta pembaharuan. Pada pilihanraya tahun 1999, kita melihat pelbagai badan yang wujud di United Kingdom dan Republik Ireland mengeluarkan kenyataan media yang membanjiri internet dan saluran media lain. Jika dahulu, siswazah di Timur Tengah kelihatan agak ketinggalan di dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan akhbar berbanding rakan aktivis di United Kingdom, Republik Ireland, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya. Akan tetapi pada pilihanraya 2004 baru-baru ini, media hampir-hampir tidak menyaksikan gelombang berkenaan. Sama ada yang menyokong parti pemerintah, mahu pun pakatan pembangkang, jelasnya tiada seruan yang dibuat sedangkan kenyataan media itu dibaca oleh falsafah penyiaran sebagai ukuran keprihatinan siswazah luar negara kepada isu tanah air.

Apa yang ketara dilihat dewasa ini, adalah berkembangnya kelompok mahasiswa yang tidak aktif berorganisasi. Sebarang persatuan yang menganjurkan pelbagai program, menyaksikan kehadiran peserta yang mendukacitakan. Senarai tinggi program yang tidak mendapat sambutan adalah program ilmiah seperti diskusi buku, seminar, kuliah pengajian agama dan forum. Begitu juga dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan universiti dan badan pelajar, adalah terlalu sukar untuk mengumpulkan pelajar. Setakat pemerhatian yang dibuat, program yang masih terus mendapat sambutan adalah perlawanan bola sepak, Majlis Malam Malaysia dan lain-lain yang lebih berbentuk ‘mencari kerehatan minda’ dan bukannya ‘mencungkil tanggungjawab akal’.

Semua ini adalah fenomena, yang tersimpul di dalam sepatah kalimah. Ia mewakili sindrom jangkitan ke atas minda siswazah iaitu AKU TIDAK PEDULISMA atau di dalam Bahasa Arabnya disebut sebagai اللا أبالية !

Thursday, May 15, 2008

Tempat Lahirnya Para Pandidik di Seluruh Malaysia

Di sinilah saya menuntut ilmu mencari secebis mutiara berharga,mengutip taburan permata,buat bekalan mendidik anak bangsa di masa depan.

masjid assyafie,Institut Perguruan Islam

Ilmu VS Dakwah

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur..

Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran.

Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja..

ALlah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104) Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad Dakwah adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya.

Menasihati bukan satu cara sahaja

Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad'u pun tidak tercapai akalnya hendak menerima (sebab ia sendiri jahil mengenainya).

Seorang Islam yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan, lukisan atau dengan kekuatan tangan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong, lidahnya tidak celupar menuturkan kata.

Tentulah wahai tuan, ALlah tidak melihat kepada natijah kepada usaha. Sebab prinsip asas yang diterangkan di dalam al Quran adalah usaha untuk mencapainya. Yang empunya kejayaan, kemenangan dalam ketentuanNya, bukan kita. Menasihati sesama manusia menyuburkan benih persaudaraan melalui kasih sayang dan kemaafan.
Posted by Putera_Addin at 7:50 AM 0 comments
Friday, April 25, 2008
SATU PELAYARAN SEORANG INSAN

“Alah kita kan bakal guru sekolah rendah je,belajar yang silibus yang disediakan sudahlah”,kata seorang sahabat saya yang sama-sama belajar sekarang.

Saya monolog dalam diri sendiri “ohhh…macam ni pemikiran bakal pelahir pemimpin generasi depan” .

Saya tidak terus menjawab atau membangkang pandangan yang disampaikan oleh sahabat saya tadi,tetapi memilih waktu dan masa yang sesuai untuk dijelaskan kembali apakah tujuan hidup sebenar seorang insan.

Alhamdulillah di institut perguruan ini,kami disediakan satu waktu usrah yang dikira sebagai jam kredit pengajian kami disini.kami dibimbing oleh naqibah-naqibah yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah.Darah muda kalau dibiarkan susah dikawal,masing-masing ada ego sendiri dan sikap mahu menang sinomin dengan jiwa yang mula mengenal dunia ini.

Salah satu pemgisian di dalam waktu usrah ini ialah setiap pelajar akan mencari tajuk-tajuk tertentu dan dikongsi bersama kepada rakan kelas.inilah masa yang paling sesuai untuk memperbetulkan paradigma dan pandangan RINGAN bakal pemikul bebanan yang BERAT pada masa depan.

“Andaikan diri kamu sebagai pelayar yang sedang belayar dilautan luas”,saya beranalogi.

Mencari jawapan kepada persoalan “tujuan dihidupkan sebagai seorang insan”…adalah satu pelayaran dilautan luas.jawapan kepada soalan itu amat luas seluas lautan yang terbentang.

Ya,menjadi seorang guru…itu adalah keriar yang bakal dicuburi 3 – 4 tahun lagi..tetapi jawapan itu masih terlalu luas.

Guru apa?..kami dilatih menjadi guru pendidikan islam(ustaz,ustazah)…tetapi jawapan itu masih dan tetap luas seluas pendangan membiru lautan yang terbentang,itu kalau saya cuba kecilkan dalam bidang kerjaya.Andaikata diluaskan kepada persoalan sebagai seorang khalifah? Seorang daie? Seorang pemimpin semakin luas persoalan dan bertambah luaslah jawapan yang menanti.

Habis,bila nak Nampak daratan?

Itulah persolannya….tak perlulah kita mengkaji mencari beribu persolan yang hanya memeningkan kepala tetapi kata sama-sama mencari isi sebenar kehidupan ini.

“jika kita berhenti berlayar dan memilih satu pulau kecil ditengah lautan,itulah pengakhiran persoalan “tujuan dihidupkan sebagai seorang insan” itu tadi.

MEMILIH HIDUP YANG TIADA ERTI

Hadirnya tidak dirasai,perginya tidak disedari bak melukut di tepi gantang,kata papatah melayu.Begitulah keadaan sebuah pulau kecil ditengah lautan yang sekadar sebuah kecil yang sekadar apa yang ada.

Minum air masin,tak apa….minum juga.Tak pun ada air kelapa,elok lah tu dari tak minum.makan ikan sahaja,syukurlah boleh makan jugak kan?...daripada tak makan langsung.

Orang yang malas berlayar,hanya mengambil keputusan dengan cukup dengan sekadar apa yang ada,tidak akan dapat mencari jawapan “peranan dihidupkan sebagai seorang insan”

Kalau seorang guru mungkin sehingga jadi guru cemerlang! Peningkatan diri hanya sekadar pada peningkatan tangga gaji kerana bertambahnya tahun perkhidmatan dengan sedikit kelulusan kursus-kursus.

Tiada pengkhususan dan tidak Berjaya untuk tersendiri, kerana padanya dengan berpada dengan yang ada.berhenti berlayar dan mencipta daratan sendiri,biarpun hanya sekangkang kera dan terus menggagumi pulau yang lebih cantik dan indah,hanya sekadar itu.

PERGILAH BERLAYAR

Sahabat,marilah kita terus berlayar…hingga Nampak daratan.pelbagai daratan,singgahlah didaratan itu,satu demi satu ketahuilah raelitinya dan bukan hanya memandangnya dari jauh dan memuja-muji dengan penuh kagum keindahan daratan-daratan lain.

Mulakan,teruskan dan terus berlayar mencari pelbagai daratan yang punya pelbagai jenis pasir,pelbagai jenis isinya.berlayarlah selaju mungkin agar dapat mandarat di banyak daratan dan pilhlah daratan yang paling sesuai,terbaik untuk mendarat menjadi sebuah gunung yang dapat memberi sesuatu. Dengan syarat, anda belayar laju dan optimum. Agar jangan lengah tiba ke satu daratan, kerana mungkin ada beberapa daratan lagi yang perlu dicuba.

Sahabat…

Marilah kita bersama-sama mendalami ilmu,mencari sebanyak mungkin taburan permata yang keluar dari bibir-bibir para ulama,para pendakwah,para menyebar ilmu,mereka tidak kedekut memberi…

Saya pernah bertanya seorang pak cik di satu surau tempat saya baru belajar

“pak cik kat sini hari apa ada kulaah lagi” tanya saya.

Pak cik tersebut menjawab sambil menghidupkan motornya, “hari-hari ada,Cuma nak pergi ke tidak je”

Jawapan yang mudah tetapi memberi kesan yang cukup mendalam pada diri saya.para ilmuan,alim ulama sanggup berkorban masa,tenaga dan waktu untuk menghamburkan butiran-butiran permata yang mereka ada,tetapi saya yang punya ilmu yang sedikit,amal yang kurang tidak sanggup meluangkan masa berbual,masa bermain,masa tertawa untuk bersama mereka.

Satu tekad dalam diri,mencari daratan untuk mengumpul jutaan bekal bagi meneruskan pelayar agar satu hari nanti dapat menjadi sebuah dataran yang sentiasa memberi sesuatu yang bermakna bagi pelayar yang lain

Allah tidak menciptakan manusia ada yang pandai ada yang bodoh. Tetapi Allah mencipta kita semua berbeza kepandaian. Carilah keistimewaan diri masing-masing pada kata kunci yang mudah…

Buat apa sahaja, biar habis baik!

SATU PELAYARAN SEORANG INSAN

“Alah kita kan bakal guru sekolah rendah je,belajar yang silibus yang disediakan sudahlah”,kata seorang sahabat saya yang sama-sama belajar sekarang.

Saya monolog dalam diri sendiri “ohhh…macam ni pemikiran bakal pelahir pemimpin generasi depan” .

Saya tidak terus menjawab atau membangkang pandangan yang disampaikan oleh sahabat saya tadi,tetapi memilih waktu dan masa yang sesuai untuk dijelaskan kembali apakah tujuan hidup sebenar seorang insan.

Alhamdulillah di institut perguruan ini,kami disediakan satu waktu usrah yang dikira sebagai jam kredit pengajian kami disini.kami dibimbing oleh naqibah-naqibah yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah.Darah muda kalau dibiarkan susah dikawal,masing-masing ada ego sendiri dan sikap mahu menang sinomin dengan jiwa yang mula mengenal dunia ini.

Salah satu pemgisian di dalam waktu usrah ini ialah setiap pelajar akan mencari tajuk-tajuk tertentu dan dikongsi bersama kepada rakan kelas.inilah masa yang paling sesuai untuk memperbetulkan paradigma dan pandangan RINGAN bakal pemikul bebanan yang BERAT pada masa depan.

“Andaikan diri kamu sebagai pelayar yang sedang belayar dilautan luas”,saya beranalogi.

Mencari jawapan kepada persoalan “tujuan dihidupkan sebagai seorang insan”…adalah satu pelayaran dilautan luas.jawapan kepada soalan itu amat luas seluas lautan yang terbentang.

Ya,menjadi seorang guru…itu adalah keriar yang bakal dicuburi 3 – 4 tahun lagi..tetapi jawapan itu masih terlalu luas.

Guru apa?..kami dilatih menjadi guru pendidikan islam(ustaz,ustazah)…tetapi jawapan itu masih dan tetap luas seluas pendangan membiru lautan yang terbentang,itu kalau saya cuba kecilkan dalam bidang kerjaya.Andaikata diluaskan kepada persoalan sebagai seorang khalifah? Seorang daie? Seorang pemimpin semakin luas persoalan dan bertambah luaslah jawapan yang menanti.

Habis,bila nak Nampak daratan?

Itulah persolannya….tak perlulah kita mengkaji mencari beribu persolan yang hanya memeningkan kepala tetapi kata sama-sama mencari isi sebenar kehidupan ini.

“jika kita berhenti berlayar dan memilih satu pulau kecil ditengah lautan,itulah pengakhiran persoalan “tujuan dihidupkan sebagai seorang insan” itu tadi.

MEMILIH HIDUP YANG TIADA ERTI

Hadirnya tidak dirasai,perginya tidak disedari bak melukut di tepi gantang,kata papatah melayu.Begitulah keadaan sebuah pulau kecil ditengah lautan yang sekadar sebuah kecil yang sekadar apa yang ada.

Minum air masin,tak apa….minum juga.Tak pun ada air kelapa,elok lah tu dari tak minum.makan ikan sahaja,syukurlah boleh makan jugak kan?...daripada tak makan langsung.

Orang yang malas berlayar,hanya mengambil keputusan dengan cukup dengan sekadar apa yang ada,tidak akan dapat mencari jawapan peranan dihidupkan sebagai seorang insan”

Kalau seorang guru mungkin sehingga jadi guru cemerlang! Peningkatan diri hanya sekadar pada peningkatan tangga gaji kerana bertambahnya tahun perkhidmatan dengan sedikit kelulusan kursus-kursus.

Tiada pengkhususan dan tidak Berjaya untuk tersendiri, kerana padanya dengan berpada dengan yang ada.berhenti berlayar dan mencipta daratan sendiri,biarpun hanya sekangkang kera dan terus menggagumi pulau yang lebih cantik dan indah,hanya sekadar itu.

PERGILAH BERLAYAR

Sahabat,marilah kita terus berlayar…hingga Nampak daratan.pelbagai daratan,singgahlah didaratan itu,satu demi satu ketahuilah raelitinya dan bukan hanya memandangnya dari jauh dan memuja-muji dengan penuh kagum keindahan daratan-daratan lain.

Mulakan,teruskan dan terus berlayar mencari pelbagai daratan yang punya pelbagai jenis pasir,pelbagai jenis isinya.berlayarlah selaju mungkin agar dapat mandarat di banyak daratan dan pilhlah daratan yang paling sesuai,terbaik untuk mendarat menjadi sebuah gunung yang dapat memberi sesuatu. Dengan syarat, anda belayar laju dan optimum. Agar jangan lengah tiba ke satu daratan, kerana mungkin ada beberapa daratan lagi yang perlu dicuba.

Sahabat…

Marilah kita bersama-sama mendalami ilmu,mencari sebanyak mungkin taburan permata yang keluar dari bibir-bibir para ulama,para pendakwah,para menyebar ilmu,mereka tidak kedekut memberi…

Saya pernah bertanya seorang pak cik di satu surau tempat saya baru belajar

“pak cik kat sini hari apa ada kulaah lagi” tanya saya.

Pak cik tersebut menjawab sambil menghidupkan motornya, “hari-hari ada,Cuma nak pergi ke tidak je”

Jawapan yang mudah tetapi memberi kesan yang cukup mendalam pada diri saya.para ilmuan,alim ulama sanggup berkorban masa,tenaga dan waktu untuk menghamburkan butiran-butiran permata yang mereka ada,tetapi saya yang punya ilmu yang sedikit,amal yang kurang tidak sanggup meluangkan masa berbual,masa bermain,masa tertawa untuk bersama mereka.

Satu tekad dalam diri,mencari daratan untuk mengumpul jutaan bekal bagi meneruskan pelayar agar satu hari nanti dapat menjadi sebuah dataran yang sentiasa memberi sesuatu yang bermakna bagi pelayar yang lain

Allah tidak menciptakan manusia ada yang pandai ada yang bodoh. Tetapi Allah mencipta kita semua berbeza kepandaian. Carilah keistimewaan diri masing-masing pada kata kunci yang mudah…

Buat apa sahaja, biar habis baik!

blogger templates 3 columns | Make Money Online