Photobucket

Tuesday, November 3, 2009

Pengambilan Pelajar Darussyifa' Cawangan IPGM Kampus Pendidikan Islam Kumpulan ke-4 Sesi 2010

Darussyifa' Cawangan IPGM Kampus Pendidikan Islam akan membuka tawaran bagi mengikuti kuliah rawatan dan pengubatan Islam bagi Kumpulan ke-4 Sesi 2010.


Syarat-Syarat Permohonan Adalah Seperti Berikut;

1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap.

2. Pemohon mestilah beragama Islam dan warga IPGM Kampus pendidikan Islam.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping.

4. Borang permohonan yang diterima selepas tempoh tamat tidak akan dipertimbangkan.

5. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari sabtu atau ahad selama setahun di IPGM Kampus Pendidikan Islam.

6.Borang mesti di serahkan kepada nama-nama di bawah sebelum 19 / 11 /2009

7. Borang permohonan untuk mengikuti kursus ini boleh di ambil daripada :

SAUDARA HAFIZUL HUSNI BIN ALIAS / PISMP 4.07 / B 213 / 019-6478285

SAUDARA WAN MUHAMAD RIDHUAN / PISMP 6.02 / A 328 / 013-9770397

SAUDARI NOR HIDAYAH BINTI JUSOH / PISMP 4.02 / D 209 / 019-6479413

SAUDARI NAZIHAH BINTI AHMAD SOFI / PISMP 4.01 / C 206 / 013-3926294

Tuesday, August 11, 2009

MURTAD: Mukmin perlu berjihad menentang murtad

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan story ini kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 menjangkau 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut:-
1) Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2) Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Kes Aisyah binti Haji Bukhari.

    Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam erti kata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia. Duduk di Lembah Keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu.
    Hari terakhir dia telefon pada 19 Nov 1997, “Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian,” katanya. Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri hairan bagaimana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad.
    Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir itu meminta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan:-
- Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan, iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
- Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.”
- Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik“.

Kita tak boleh buat apa-apa kerana Article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syarak dengan undang-undang sivil, undang-undang syarak akan terbatal.

Maksud agama rasmi Malaysia iaitu Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, perasmian parlimen dll dan tidak lebih daripada itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi, agama…semuanya tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: ‘Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syarak’.

Kes Hartina binti Haji Kamarudin.

    Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke rumah dalam keadaan Hindu.Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya ke KL sewaktu 19 tahun untuk mencari kerja. Tidak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya sebagai Hindu dengan mencalitkan nandek di dahi. Malahan, anak yang sudah kafir itu, mencabar bapanya dengan memperlihatkan dirinya, kekasih dan kawan-kawan kekasihnya berpeluk-pelukan di dalam restoran. Haji Kamarudin takek tengkuk kekasihnya itu. Menggelupur terus lelaki itu di depan restoran.
    Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan kekasihnya sampai pengsan. Adik lelaki Hartina yang berumur 16 tahun turut dibelasah kerana cuba menyelamatkan akidah kakaknya di depan restoran tempat bapanya berniaga.
    Apa Hartina buat ketika itu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tidak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report mengatakan bapanya memukul kekasihnya. Selama 14 hari Haji Kamarudin dan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap akibat report Hartina, anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tidak cukup dengan itu, disaman pula bapanya RM3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Dia juga menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari iaitu nama untuk agama barunya iaitu agama Hindu.
    Semasa masih terlantar di hospital (akibat dipukul), Haji Kamarudin ditangkap polis semula kerana kekasih Hartina yang beragama Hindu itu, ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali. Haji Kamarudin, anak dan anak saudaranya dikurung ke lokap sebagai suspek utama kes pembunuhan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina. Haji Kamarudin juga dikenakan pelbagai tuduhan. Setakat itu saja, sudah 4 tuduhan.
    Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahankan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Kes melibatkan Yusof bin Abdullah.

    Saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal mengikut agamanya yang dahulu, Santana. Mempunyai seorang isteri, anak lelaki bernama Sunjay (if not mistaken) yang berusia 2 tahun ketika itu. Yusof mengajak isterinya memeluk Islam sementelah abangnya juga lebih 20 tahun memeluk Islam. Isterinya menolak. Yusof bawa anaknya peluk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Selama 2 tahun dia hidup dua beranak.
    Selepas 2 tahun, bekas isterinya (yang masih memeluk Hindu) datang dan melarikan anaknya ke KL bersama kekasih barunya. Yusof segera ke mahkamah syariah Alor Setar, minta keluarkan perintah hak penjagaan ke atas anaknya.
    Melalui surat hak penjagaan mahkamah, Yusof ke KL dan ambil semula anaknya. Bekas isterinya pula pergi ke mahkamah tinggi KL minta hak penjagaan anak. Mahkamah tinggi meluluskan permintaan wanita ini. Namun, dia buat report polis bila tidak dapat ambil anaknya itu. Tahu polis buat apa? Polis cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap selama 8 hari. Syazani dipulangkan pada emaknya.
    Hari ni, Syazani kembali menjadi Hindu. Tak cukup dengan itu, bekas isteri Yusof, memohon kepada mahkamah tinggi agar batalkan perintah hak penjagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah syariah Alor Setar kepada Yusof.

Kes Suzie Teoh pula.

    Dalam kes Suzie Teoh iaitu budak perempuan Kelantan berumur 16 tahun telah memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapanya yang marah, menyaman anaknya itu dan Majlis Agama Islam Negeri Kelantan seterusnya mengheret anaknya ke mahkamah persekutuan. Dia memohon pada makamah, agar pengisytiharaan anaknya ke dalam Islam dianggap tidak sah.
    Ketika itu, Tun Salleh Abas yang bertindak sebagai hakim, seorang yang alim dan warak. Apabila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, Tun Salleh Abas menangis. Terpaksa buat pengisytiharaan ‘Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibu bapanya selagi belum cukup umur 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapa. Suzie Teoh yang memeluk Islam ketika 16 tahun dianggap tidak sah’.
    Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail itu selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, selepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka semula kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Mahkamah ketika itu mendapat liputan meluas dengan wartawan tempatan dan wartawan asing yang mahu mendengar keputusan Suzie Teoh.
    Suzie yang baru berumur 18 tahun, sambil menangis berkata, “Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini”. Maka Tun Salleh Abas dengan bangganya mengisytiharkan pengIslaman Suzie itu sah dengan nama barunya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak.
    Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas dibuang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir yang paling teruk adalah kes saudara kita, Ibrahim.

    Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu.
    Terjadi pada malam hari Valentine 14 Februari, sewaktu anak Melayu kita yang Islam bertukar-tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
    Ibrahim bukan saja dipancung kepalanya sehingga putus malahan tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.
    Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk, darah mereka masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
    Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu dan bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam mengenai Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan mata. Amar diugut supaya menukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar berkata, “Allah hu Ahad”. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula daripada bawah tembus ke jantung dan mampu berkata, “Allah hu Ahad”. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Akhirnya mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, “Akan datang fitnah murtadini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap”. Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya ‘International Jew’ (kalau tak silap).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tiada kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ini sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebiji, 70 ribu Melayu tak sembahyang di Stadium Shah Alam. Belum kira yang di rumah, leka melayan siaran langsung perlawanan bola.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam Perang Salib terakhir (iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir). Sebelum mati, dia meninggalkan wasiat yang ditulis dengan emas di London. Dia berkata, ‘Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam‘.

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, pada 1492. Kerajaan Islam Andalusia yang paling agung ketika itu tumbang di tangan Kristian. Pada 1511 kerajaan Islam Melaka pula tumbang. Kemudian, jatuhnya kerajaan Islam Pattani, kerajaan Islam Kedah, kerajaan Islam Mindanao, kerajaan Islam Acheh dan semuanya tumbang satu demi satu.

Macamana perkara ini boleh terjadi?
Gerakan Kristian berjaya berdasarkan kepada 3G iaitu GOSPEL,GOAL, GLORY. Pertama kitabnya, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque datang ke Tanah Melayu bukan kerana inginkan rempah ratus kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian iaitu Francis Xavier (kalau tak silap ejaan), kerana nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian?
Ia dinamakan sebagai gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia. Menggunakan kaedah ‘garam dan ragi’. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai.

Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita.

Contoh penyebaran melalui sistem pendidikan.
Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi.

Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap.

Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian Melayu muslim tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati…’Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian’.

Cara kebajikan pula, hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab Lion, bulan sabit merah, Saint John’s Ambulan, palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisma. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ini mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.

Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Di konsert, di panggung wayang, di kelab-kelab malam, malahan terikut-ikut dalam pergaulan seharian kerana orang Melayu kita suka bermegah dengan sikap kebaratan. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati untuk menanganinya.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan penulisan ini kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, penulisan ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam. Ini lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Tuesday, August 4, 2009

BUKU TERBARU TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN


Buku ini terbahagi kepada 7 BAB

BAB 1 : Membincangkan persoalan umum berkaitan MAKHLUK HALUS
BAB 2 : Membincangkan persoalan berkaitan JIN, BUNIAN ,QARIN & SAKA
BAB 3 : Membincangkan persoalan berkaitan TANGKAL
BAB 4 : Membincangkan persoalan berkaitan SIHIR
BAB 5 : Membincangkan persoalan berkaitan ILMU GHAIB
BAB 6 : Membincangkan persoalan UMUM
BAB 7 : DOA-DOA & AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK MENGATASI GANGUAN MAKHLUK HALUS




HARGA DI PASARAN RM 20.00

SILA HUBUNGI : HAFIZUL HUSNI , PISMP 4.07
B 213 , TEL : O19-6478285



Nota : Setiap pembelian Rm 2 akan di dermakan pada tabung persatuan Darussyifa' cawangan IPGM KPI.

Thursday, July 16, 2009

JOM PERGI FORUM PERDANA

Thursday, July 9, 2009

Cinta..................


Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta (jalaluddin rumi).


Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada allah. Itulah para pecinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.
Cinta Allah cinta yang tak bertepi. Jikalau sudah mendapatkan cinta-nya, dan manisnya bercinta dengan allah, tak ada lagi keluhan, tak ada lagi tubuh lesu, tak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cobaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-nya.

Tak jarang orang mengaku mencintai Allah, dan sering orang mengatakan mencintai rasulullah, tapi bagaimana mungkin semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan, sebagaimana seorang arjuna yang mengembara, menyebarangi lautan yang luas, dan mendaki puncak gunung yang tinggi demi mendapatkan cinta seorang wanita. Bagaimana mungkin menggapai cinta Allah, tapi dalam fikirannya selalu dibayang-bayangi oleh wanita/lelaki yang dicintai. Tak mungkin dalam satu hati dipenuhi oleh dua cinta. Salah satunya pasti menolak, kecuali cinta yang dilandasi oleh cinta pada-nya.

Di saat Allah menguji cintanya, dengan memisahkanya dari apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, sering orang tak bisa menerimanya. Di saat Allah memisahkan seorang gadis dari calon suaminya, tak jarang gadis itu langsung lemah dan terbaring sakit. Di saat seorang suami yang istrinya dipanggil menghadap illahi, sang suami pun tak punya kekuatan dalam hidup. Di saat harta yang dimiliki hangus terbakar, banyak orang yang hijrah ke rumah sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian dari Allah, karena Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-nya pada-nya. Allah menginginkan bukti, namun sering orang pun tak berdaya membuktikannya, justru sering berguguran cintanya pada allah, disaat allah menarik secuil nikmat yang dicurahkan-nya.

Itu semua adalah bentuk cinta palsu, dan cinta semu dari seorang makhluk terhadap khaliknya. Padahal semuanya sudah diatur oleh Allah, rezki, maut, jodoh, dan langkah kita, itu semuanya sudah ada suratannya dari Allah, tinggal bagi kita mengupayakan untuk menjemputnya. Amat merugi manusia yang hanya dilelahkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan enggan menolong orang yang papah. Padahal nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh dirinya ketika hidup didunia, bersungguh-sungguh mencintai allah, ataukah terlena oleh dunia yang fana ini. Jika cinta kepada selain Allah, melebihi cinta pada Allah, merupakan salah satu penyebab do’a tak terijabah.

Bagaimana mungkin Allah mengabulkan permintaan seorang hamba yang merintih menengadah kepada allah di malam hari, namun ketika siang muncul, dia pun melakukan maksiat.

Bagaimana mungkin do’a seorang gadis ingin mendapatkan seorang laki-laki sholeh terkabulkan, sedang dirinya sendiri belum sholehah.
Bagaimana mungkin do’a seorang hamba yang mendambakan rumah tangga sakinah, sedang dirinya masih diliputi oleh keegoisan sebagai pemimpin rumah tangga..
Bagaimana mungkin seorang ibu mendambakan anak-anak yang sholeh, sementara dirinya disibukkan bekerja di luar rumah sehingga pendidikan anak terabaikan, dan kasih sayang tak dicurahkan.

Bagaimana mungkin keinginan akan bangsa yang bermartabat dapat terwujud, sedangkan diri peribadi belum bisa menjadi contoh teladan

Banyak orang mengaku cinta pada Allah dan Allah hendak menguji cintanya itu. Namun sering orang gagal membuktikan cintanya pada sang khaliq, karena disebabkan secuil musibah yang ditimpakan padanya. Yakinlah wahai saudaraku kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta allah kepada hambanya yang beriman…
Dengan kesusahan, Allah hendak memberikan tarbiyah terhadap ruhiyah kita, agar kita sadar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak bisa berbuat apa-apa kecuali atas izin-nya. Saat ini tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang keras untuk memperlihatkan cinta kita pada allah, agar kita terhindar dari cinta palsu.

Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk Allah untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa hal yang perlu kita persiapkan iaitu:

1) iman yang kuat
2) ikhlas dalam beramal
3) mempersiapkan kebaikan internal dan eksternal. Kebaikan internal iaitu berupaya keras untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah. Seperti qiyamulail, puasa sunnah, bacaan al-qur’an dan haus akan ilmu. Sedangkan kebaikan eksternal adalah buah dari ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengaplikasikannya dalam setiap langkah, dan tarikan nafas disepanjang hidup ini. Dengan demikian insyaallah kita akan menggapai cinta dan keridhaan-nya.

Ya Allah aku lah hamba mu yang penuh calitan dosa,penuh debu-debu noda,namun kau telah pertemukan aku saat aku sesat dalam cahaya.walau pada-Mu telah ku berpaling,tetepi kau tak pernah lupa memaut tanganku dari terus tenggelam dalam keasyikan dunia fantasi.Maafkan hamba-Mu yang hina ini.Sesungguhnya bukan mainan sandiwara,lakonan drama dalam pemantasan untuk meragut hati sesiapa.Tetapi terjatuh dalam jurang fantasi dalam meniti jalanan reality,perjalanan yang tersesat dalam cahaya.Ampunkan hamba yang hina ini.maafkan diri yang bersalah ini.

Tuesday, July 7, 2009

Ya Allah..Dengarlah Rintihan Hamba Yang Berdosa ini


Sesekali terdetik hati ini bertanya kepada diri sendiri, apakah amalan selama ini sudah cukup untuk menjadi bekalan di akhirat sana? Sekalipun cukup, apakah timbangan amal kebajikan itu dapat mengatasi amalan kejahatan? Bagaimana hendak disembahkan amalan-amalan ini kepada Dia…. Apakah Dia sudi menerimanya…?

Astaghfirullahal ‘aziim…, kecilnya diri insan bila menyedari bahawa kita hanya seorang hamba. Sekalipun di angkat darjat sebagai manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini dan dikurniakan akal fikiran, hakikatnya kita tetap kerdil di sisiNya jika kita tidak beriman. Apalah gunanya pangkat dan nama, jika kita sering menzalimi diri sendiri? Bagaimana ingin dipulangkan kembali segala apa yang dipinjamkanNya di dunia ini dalam keadaan sempurna? Malunya untuk berhadapan denganNya dengan keadaan yang penuh dengan dosa ini…..

Tangan ini dikurniakan untuk beramal bakti, tolong-menolong untuk kebajikan, memohon doa kepadaNya, kaki ini diberikan untuk melangkah ke tempat-tempat mulia yang dapat menuju ke SyurgaNya, mata pula dikurniakan untuk melihat dan menghayati segala ciptaanNya dan kemudian menginsafi akan kelemahan diri sendiri. Bibir ini dicipta untuk menyebut asma-asmaNya.Tetapi apakah semua ini digunakan tepat pada jalanNya? Jika benar, mengapa terlalu sukar untuk kita mengalirkan air mata bila melihat kebesaranNya? Mengapa pula sukar untuk tinggalkan kemaksiatan? Apakah kerana terlalu sedikit keikhlasan yang diberikan…atau mungkinkah kita terlalu ego? Mengapa kita membiarkan diri kita terus berada dalam dosa sedangkan kita tahu bahawa segala yang dijanjikanNya adalah benar yakni nikmat dan azabNya itu adalah benar?

Kita tahu akan dosa dan pahala, tetapi sering tidak mengendahkannya. Kita sedar akan adanya kematian, tetapi sering melupakannya. Kita juga sedar dunia ini hanya sementara tetapi hidup seolah-olah untuk selamanya. Bila mendapat kejayaan dan nikmat, jarang sekali mgucapkan syukur kepadaNya seolah-olah kita perolehnya dengan usaha kita sendiri semata-mata. Kita mengaku adanya Tuhan, tetapi sedikit sekali yang beriman.

Bukankah kita terlalu angkuh kepadaNya…..mengapa kita jadi sebegini jahil sedangkan kita ini lemah… tiada kuasa dan daya melainkan dengan pertolonganNya. Sedarlah insan, tiada apa yang membahagiakan di dunia ini melainkan hanya penderitaan semata-mata jika kita tidak beriman kepadaNya. Dekatkanlah diri kita denganNya…..rendahkanlah diri dihadapanNya dalam beribadah, basahilah pipi ini dengan air mata taubat yang sebenar-benar taubat, sinarkanlah wajah ini dengan siraman air wudhuk, bersihkan dan sucikan hati yang selama ini dikotori dosa-dosa dengan wangian keikhlasan dalam segala amal kebaikan dan…pagarilah diri ini dengan benteng keimanan yang utuh dan kukuh dengan keyakinan yang kuat bahawa Allah sentiasa bersama kita biarpun dalam suka mahupun duka.

Bagiku, dunia ini ibarat sebuah neraka kerana di dalamnya dipenuhi banyak orang yang melakukan maksiat, terlalu banyak kerosakan yang berpunca dari manusia sendiri, terlalu banyak fatamorgana yang melalaikan manusia. Tidakkah kita semua menyedarinya? Dan…berada disamping orang-orang yang beriman dan beramal soleh, baik para alim ulama atau insan yang baru hendak mendekatkan diri kepadaNya, asalkan dihatinya ada keinsafan untuk mencari jalan yang dapat menuju ke syurgaNya, hanya itulah yang dapat membahagiakan dan mententeramkan jiwaku. Mudah-mudahan aku juga dapat menjadi seperti mereka dan dapat menjadi seorang ‘Abid di sisiNya suatu masa nanti, InsyaAllah.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah petunjuk kami, maka tunjukilah kami ke jalan yang Engkau redhai dan rahmati, bimbinglah kami dalam meniti perjalanan yang penuh dengan onak dan duri ini, janganlah Engkau membiarkan kami tersungkur tanpa pertolonganMu, jangan Engkau biarkan kami sesat dan terus hilang dari petunjukMu, sesungguhnya kami insan yang lemah lagi hina, tiada tempat untuk kami mengadu melainkan kepadaMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, tunjukkanlah kami pilihan yang tepat dalam setiap tindakan dan keputusan kami dalam menegakkan agamaMu di muka bumi ini, sesungguhnya kami sedar akan kelemahan kami. Maka tetapkanlah hati kami, hati orang-orang yang beriman supaya tidak berpaling dari agamaMu dan tidak pula membiarkan orang-orang munafiq dan orang-orang yang kufur mempermainkan agamaMu.

Ya Allah Ya Razzaq, setiap nafas kami, hanya milikMu…kerna kami tahu bila-bila masa sahaja jika Engkau berkehendakkan kami kembali kepadaMu, pasti tiada apa yang dapat menghalangMu, Cuma kami memohon…..terimalah kami kembali kepadaMu dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa-dosa yang pernah kami lakukan di dunia ini, sesungguhnya kami sangat malu untuk bertemuMu dalam keadaan yang kotor, kami juga malu atas dosa-dosa yang pernah kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu Ya Allah, lindungilah kami dengan perisai keimanan di hati dan seluruh anggota tubuh badan kami. Jangan Kau relakan kaki kami melangkah ke tempat-tempat maksiat, jangan kau biarkan kedua tangan kami saling membantu ke arah maksiat dan kejahatan dan jangan pula Engkau dekatkan kemaksiatan itu mengahmpiri kami, sebaliknya pimpinlah kami ke tempat-tempat yang dapat mendekatkan kami kepadaMu sama ada secara berjemaah atau hanya berduaan denganMu. Sesungguhnya kami serik akan duniaMu ini, kami serik untuk berjauhan denganMu kerana kami sedar tiada ertinya hidup ini tanpa Engkau di sisi kami.

Ya Allah, dengarlah rintihan kami ini, kami merayu padamu Ya Allah, makbulkan doa kami…..kami ingin mencintai maka kurniakanlah kami perasaan cinta kepadaMu, kami juga ingin dicintai maka cintailah kami sepertimana Engkau mencintai kekasihMu yang juga Nabi utusanMu kepada kami yakni Rasulullah saw, kurniakanlah kami kemanisan iman itu, yakni nikmat dalam beribadah kepadaMu…..sesungguhnya kami pasrah akan ketentuanMu kerana kami tahu bahawa Engkau Maha Arif akan apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu, kami pusatkan segala amal kami semata-mata keranaMu, terimalah segala amal kami dan kurniakanlah kami darjat yang tinggi di sisimu, layakkan kami memiliki singgahsana syurgaMu….Amiin”

*****************************************************

“Ya Allah Ya Muhaimin, jadikanlah aku seorang insan yang bergelar ‘Abid di sisiMu, yang ikhlas ibadatnya kepadaMu, sesungguhnya aku sedar betapa manisnya beribadat kepadamu itu dan aku tidak ingin sekali untuk hilang dari merasai betapa lazatnya berdua-duaan bersamaMu di dunia ini apalagi di akhiratMu yakni di syurgaMu…..jangan Kau relakan aku terus mengkhinati segala kurniaan dan nikmatMu di dunia ini, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah dosa-dosaku, terimalah taubatku….Amiin Ya Rabbal ‘Alamin”

Friday, June 26, 2009

bubar..bubar..bubar dun perak..!!!



1) Parlimen kecoh lagi.Ir Nizar menjerit dalam parlimen sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Bkt Gantang pada mesyuarat ke-2 penggal ke-2 parlimen ke-12 hari ini.

2) Semacam keterlaluan atas apa yang beliau lakukan tetapi itu bukan isu utama. Mesej yang hendak disampaikan beliau yang lebih patut kita teliti. Jangan terpengaruh dengan media yang sengaja nak menjahanamkan PR.

3) Berbalik kepada apa yang telah dilakukan BN pada sidang dun Perak yang lalu, jauh lebih memalukan. Seumpama menggadai maruah sendiri. Hilang terus jatidiri. Ketuanan Melayu yang diperjuangkn UMNO bee-end langsung tiada erti. Hitam sungguh mereka punya hati.

4) Ir Nizar akan sentiasa kita sokong. Jeritan Ir Nizar semacam dah menggoncang negara. Suara Ir Nizar adalah suara rakyat. Kita mahukan supaya kebenaran dan keadilan terus tertegak di bumi Malaysia. Fahamilah suara rakyat. Rakyat tidak mahu terus menderita di bawah pemerintahan kuku besi. Rakyat sudah muak dengan mainan politik mereka.

5) Kepada yang membenci PR, saya bercakap bukan atas dasar saya penyokong PR tetapi atas dasar apa yang diperjuangkan PR yang langsung tak sama dengan apa yang diperjuangkan kalian. Memang bubar dun adalah kuasa sultan, tetapi siapalah sultan jika tanpa rakyat.

6) Buat pejuang PR, jangan lunturkan semangat kalian. Perjalanan kita masih panjang. Kita masih punya masa. Bersamalah terus membantu pipmpinan untuk menguasai Malaysia dalam PRU13. Insya allah.

p/s : Takbir...!!! ALLAHU AKBAR...!!!

Tuesday, June 23, 2009

ASSIGMENT UNTUK PENDUDUK BUMI


Antara sedar atau tidak bahawa kita sebagai manusia ini di lahirkan di dunia ini mempunyai satu tujuan dan peranan serta tanggungjawab yang perlu dilaksanankan dan Allah bukan lah menciptakan manusia sia-sia tanpa tujuan tertentu.

Allah selaku pencipta kita ini maha sempurna,maha bijaksana,mana mungkin yang maha sempurna lagi bijaksana ini mencipta sesuatu yang sia-sia.

Mudah kata,kenapa Allah ciptakan nyamuk,seperti yang kita tahu yang nyamuk ini sejenis serangga yang membuatkan kita tidak selesa,gatal,digigit,malah ada yang membawa panyakit kepada manusia seperti denggi,malaria dan sebagainya.Tapi sebaliknya Tuhan bagi ilham kepada manusia untuk buat ubat nyamuk,semburan halau nyamuk dan sebagainya.sampai sekarang banyak jenis penghalau nyamuk yang ada dipasaran seperti Ridsect,fumakilla,banyak lagi.Secara tidak langsung wujudnya kilang ubat nyamuk,ada nya doktor kaji cari penyembuhan denggi,ada nya hospital rawat penyakit malaria,semua ini memberi pekerjaan kepada manusia,ada yang boleh kerja kilang fumakilla,boleh jadi doktor denggi,malaria.Dengan adanya pekerjaan, boleh bagi makan keluarga,bagi anak sekolah,pergu haji umrah.

macam tu jugaklah manusia ini,Tuhan tak cipta untuk kita tinggal di dunia ini sahaja,untuk hidup dalam rumah besar di dunia ni sahaja,nak naik kereta besar di dunia ini sahaja.kita ada tugasan yang perlu dilaksanakan.Kita di dunia ini pun tak kiralah kamu cikgu yang mengajar di sekolah kah,pegawai kerajaan di pejabat kah,kerani kah,tukang kebun kah bila bekerja dapat gaji hujung bulan,hujung minggu.Ini di dunia.Tapi kita orang islam ada nya hari kiamat,hari pembalasan,hari perhitungan.untuk bagi tahu,ingatkan kamu bahawa kalau kamu laksanakan tugasan ini.,maka hujung nya nanti Allah akan balas,bagi "GAJI:,"BONUS" pada kamu.

Di sebabkan nama kita manusia itu sendiri bermaksud lupa di dalam bahasa arab,maka Allah utus Rasul untuk jadi penyampai,mengingatkan kamu apa yang perlu dilakukan di dunia ini.Tak cukup dengan itu,Allah rakamkan ingatan-Nya di dalam Al-quran berkenaan tujuan hidup di dunia ini.

"Tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan hanya untuk mengabdikan kepada-Ku"
Al-Zariyat 56

di dalam surah al-baqarah Allah menerangkan peranan manusia di bumi ini.

"dan ingatlah ketika tuhan-Mu berfirman kepada malaikat : sesungguhnya aku hendak jadikan seorang khalifah di bumi"- al-baqarah 30

Jadi sebagai manusia yang menumpang hidup di bumi Allah ini,kita harus sedar bahawa apa yang kita ada sekarang adalah pinjaman yang perlu di bayar di akhirat nanti.nak bayar dengan apa? emas? duit amerika? harta ? semua itu tidak laku lagi di akhirat.tapi andai kata ada amalan atau kerja buat kita yang menjurus kepada ibadah itu dikira pahala..dan pahala inilah yang akan menyelamatkan kita.kalau di dunia kita boleh selamat dengan ada nya Kroni,kita boleh guna kuasa kita ,guna ISA tangkap orang yang nak lawan kita.tapi jangan harap ada yang dapat tolong kita kalau tidak ada amal ibadah kepada Allah.Jadi segala kerja buat kita di dunia ini perlulah dapat di nilai dengan ibadah,makan kita,tidur kita ,belajar kita ,kawen kita ,berpolitik kita,memangkah kita.semua ini perlu jadi ibadah.

kita perlu berfikiran panjang bijak kita perlulah ' BIJAKSANA" bukan hanya " BIJAKSINI".dalam teori apa pun di dunia ini tak ajar kita tentang satu perkara iaitu AKHIRAT, baik sosialis,kapitalis,sekuralisme,NASIONALISME, melainkan islam.semua teori-teori ini membincangkan bagaimana nak hidup senang,mewah,kaya di dunia ini sahaja.berhenti takat dunia ini sahaja.Tapi islam tidak.dalam quran ada di sebut akhirat,hari pembalasan,hari perhitungan,hari pengadilan,sampai kan hampir 40 nama tentang perihal hari akhirat ini Allah bagi tahu dalam al-quran.Untuk apa? tidak lain hanya untuk ingatkan manusia bahawa hai manusia kamu nak kumpul harta kumpul lah,kami nak kawen,kawen lah,kamu nak belajar,belajarlah,kamu nak ada kerajaan,bertandinglah,tapi kamu kena ingat bahawa apa sahaja yang kamu buat di dunia ini perlulah ada sambungan,talian dengan maha pencipta agar boleh di beri nilaian,di beri bonus dan sebagainya.Jadi untuk nak jadikan segala yang kita lakukan ini ada nilaian,ada ganjaran adalah ciri-ciri yang perlu dilihat,baik dari segi kualitinya,keikhlasannya,teraturnya dan sebagainya.tak boleh lah nak buat suka-suka hati,nak jadi ketua misalnya,bertandinglah,jangan main RAMPAS sahaja.SAPA AJAR INI???

itulah tujuan hidup kita sebagai manusia di dunia ini.dan yang kedua ialah peranan kita sebagai manusia yang di jelaskan di dalam ayat dia atas iaitu sebagai khalifah di muka bumi ini.

khalifah ialah ketua,pemimpin,presiden,amir,menteri besar,ketua menteri,perdana menteri,semua ini ialah ketua.tapi sebagai seorang individu,kita adalah ketua kepada diri kita sendiri kepada keluarga kita.

Yang nama nya Ketua ini,tidak kiralah kamu ketua apa pun,ketua kampung kah,ketua masyarakat,ketua negara,ketua kuliah,ketua kepada diri kamu sendiri misalnya,Ia adalah amanah.Perkara amanah ini melibatkan tanggungjawab dan amanah ini akan dipersoalkan oleh Allah di mahkamah keadilan Allah di Padang mahsyar nanti.Maka kita sepatutnya menjalankan amanah yang di berikan ini dengan baik,menjaga diri sendiri contohnya tidak membuat perkara yang membahayakan diri sendiri.Sebagai ketua negara,menjaga kebajikan setiap rakyatnya,menjalankan hukum-hukum Allah.adil kepada semua,tidak ikut kroni,kerana nanti kita akan di persoalkan di akhirat apa yang kamu buat dengan diri kamu? keluarga kamu? alam sekitar yang aku berikan? binatang yang ada ? kamu bauat atau tidak apa yang akau perintahkan ? ini semua kan di tanya..kamu boleh terima hujan yang aku turunkan dari langit,kamu boleh terima rezeki yang aku turunkan dari langit,kamu boleh terima oksigeb yang aku sediakan,TAPI kenapa HUKUM,PERATURAN,CARA HIDUP yang Aku sebagai pencipta kamu wahai manusia kamu tak nak ikut.kenapa kamu pandai sangat.buatlah Bumi sendiri,oksigen sendiri,hujan sendri.semua perkara ini akan di tanya oleh Allah nanti.

Kesimpulanya,sekiranya kita sedar akan hakikat ini maka kita akan sentiasa ingat bahawa kita ada kerja yang perlu dilakukan,mencari bekal untuk hidup di alam kubur nanti.laksana musafir yang di perjalanan mencari bekal diperhentian.Ini lah assigment untuk semua penduduk bumi Allah ini.Iaitu sebagai khalifah yang mengadbikan diri kepada Allah.


Thursday, May 7, 2009

PERAK DARUL BERGOLAK….


Sedih,kecewa dan hampa…..merenung situasi dan keadaan yang yang begitu kelam kabut,kacar-kacir dan huru-hara di negeri saya iaitu Perak Darul Ridzuan..tetapi kini menjadi PERAK DARUL BERGOLAK….

Drama duka ini dimulakan dengan adegan “penculikan” beberapa watak dalam drama tersebut…adakah di culik? siapa yg menculik ? kemana perginya mereka? Persoalan yang masih tak terungkai…

Namun..tiba-tiba 3 watak yang hilang ini muncul di kaca tv bersama beberapa orang-orang besar ( tak tahu la apa yg besar pahala atau dosa ) maka aksi lompat-melompat pula berlaku..plot penceritaan bertambah membinggungkan…

Selang beberapa ketika…peralihan kuasa pula berlaku…mengapa ia berlaku? atas dasar apa perlu di ubah ? hukum mana yang mereka guna ? undang-undang mana yang mereka lihat? Saya bukan lah ahli dalam berbicara soal ini.tapi yang pastinya macam hukum rimba sahaja..meraka yang buat,gubal undang-undang,peruntukan,tapi mengapa mereka tak ikut…nak cakap tak pandai semua belajar tinggi-tinggi,nak cakap bodah melampau sangat..nak cakap apa lagi!!!!! Ha !!!! adakah satu perkataan yang mampu mentafsirkan ayat ini ???

Kini ada 2 orang MB ,satu pilihan rakyat,satu lagi siapa pilih saya pun tak tahu…saya tidak lah pandai sangat dalam bidang undang-undang ini.tetapi saya tahu juga membaca,berfikir sekadar kemampuaan.dengar cakap orang yeng lebih pandai … apa mereka kata ?

MB hanya boleh dipecat melalui 3 cara

1. Undi tidak percaya adun dalam dewan negeri

2. Bubarkan dun dan buat pilihanraya lain

3. MB sendiri letak jawatan.

Tapi sekarang dah makin pening,serabut….mana satu nak ikut…satu kapal dua nakhoda…

07/05/2009 sidang DUN muncul kembali,kisahnya semakin bercelaru…semalam kisah perebutan kuasa speaker dewan pulak…aduh…adalah satu puak dari mana tak tahulah..pandai-pamdai lantik speaker baru..mereka ikut undang-undang hutan mana tak tahu lah…

apa nak jadi ni..sampai bila??? Semua nak berebut.kalau nak sanggat buat la dengan cara yang baik..bagi rakyat pilih..sekarang semua tak jadi kerja…wahai orang yang diatas…mengapa kalian begitu ghairah merebut jawatan yang bukan hak kalian,merampas hak rakyat…apakah kalian tidak takut bebanan yang bakal kalian pikul kelak kerana menngkhianati amanah rakyat.kalian ingat lah apa yang kalian rebutkan itu hak rakyat.kalian jawab lah sendiri…kalian telah melukakan hati kami rakyat jelata…kalian telah berlaku zalim pada kami…ketahuilah bahawa doa orang yang dizalimi itu mudah dikabulkan…dengarlah suara rakyat-rakyat dibawah kalian…

inilah suara hati yang tulus ikhlas dari seorang rakyat yang ingin melihat sebuah keamanan dan kesejahteraan..secara peribadinya dulunya saya mampu bertolak ansur dan bersikap terbuka dengan Umno dan BN,tetapi dengan apa yang telah mereka lakukan ini telah menutup pintu hati saya.Bermula saat rampasan kuasa tersebut…api KEBENCIAN kepada Umno dan BN begitu marak…bersedialah kalian menyediakan jawapan untuk bertemu Allah Taala nanti.

Semoga yang berjuangan di jalan yang benar kukuhkan semangatmu..harapan kami padamu wahai para pejuangku..doa kami padamu sentiasa kami panjatkan…kau lah harapan pembela kami membawa kami ke jalan kebenaran

blogger templates 3 columns | Make Money Online