Photobucket

Thursday, February 11, 2010

Rintihan Qalbu Ku

Lembaran sejarah merakamkan betapa pilu dan sedihnya,Baginda Rasul S.A.W ketika menyeru dan berdakwah kepada kaumnya sendiri,bangsanya sendiri iaitu penduduk Thaif.Jika sebelum ini misi dakwahnya di tentang penduduk Makkah.



Tambahan pula sebelum ke Thaif baginda Rasul berada keadaan yang cukup sedih atas kewafatan isterinya yang tercinta iaitu Siti Khadijah dan selepas beberapa bulan bapa saudara nya iaitu Abu Talib turut wafat.



Ketika itu hilanglah orang yang sering membantu dan menyokong Rasulullah.Golongan Quraisy ketika itu mengambil kesempatan menentang Rasullah secara hebat.Bagi merawat kedukaan,Bergeraklah Baginda Rasul ke Thaif moga-moga ada sinar harapan di sana,di harapkan yang sudi mendengar dan berkongsi seruan suci itu.Tetapi betapa hancurnya Hati Baginda,orang yang di harapkan menyambut kedatangannya dengan butiran batu-batu jalan,di iring cercaan dan hinaan.Ohhh Rasullah,pedihnya hatimu,hanya kau bersama zaid bin Harith,Kakimu luka di lontak kelikir-kelikir jalanan.



Jika dulu ku membaca lipatan sirah ini,sekadar mengambil ibrahnya sahaja,Namun kini aku sedari,aku rasai,betepa pedihnya diri mu ketika itu.Ya,ada benarnya kata-kata "hidup ini bagaikan roda"



Mengenang nasib diri di malam sunyi,nota-nota perjalanan hidup-mu ku baca,Ku temui luahan rasa,rintihan qalbu mu dulu.Aku umat mu,merasa derita itu,kau insan yang agung,imanmu bertaraf kekasih Illahi.Aku hanya insan yang terlalu hina,lemah..dan tiada daya...


Dan ini yang ku temui.............




“Wahai Tuhanku Dikau sahajalah tempatku

mengadu kelemahan tenagaku dan kurang bicaraku,

kehinaanku di mata ramai,


wahai Tuhan yang maha pengasih

Dikaulah Tuhan mereka-mereka yang lemah, Dikaulah Tuhanku


kepada siapakah Dikau akan serah daku ini?

Kepada mereka yang jauh yang bencikan daku atau

kepada seteru yang Kau berikan kuasa ke atasku?


Andai kata tidak ada sebarang kemurkaanmu ke atasku

maka tidak akan ku pedulikan,

tetapi kemaafan dan kurniaan Kau lebih luas untukku.


Aku berselindung dengan cahaya zatMu yang menyinari segala kegelapan

dan yang member manfa’at dunia dan akhirat

(aku berselindung denganNya)

dan kemarahanNya ke atasku dan kemurkaanMu,


Dikau sahaja yang menegur sepuasnya.

Dan tidak ada helah bicara

dan tenaga hanyalah dengan Dikau sahaja.”

Saturday, February 6, 2010

Ini baru permulaannya...

Assalamualaikum,salam perjuangan pada semua.semoga kita semua berada dalam landasan dan laluan perjalanan yang di rintiskan para rasul pilihan Allah..


Seminggu sudah memegang taklifan yang di amanahkan ini..perbagai cabaran dan dugaan yang pastinya menguji kekuatan fizikal,mental,emosi dan segalanya..Pada tempoh seminggu dua akan ini,perjalanan hidup ni agak sempit dengan pelbagai program dan mesyuarat bagi menyusun dan merancang pelan tindakan dan rancangan-rancangan sepanjang tahun ini.Namun ini baru permulaan perjalanannya masih panjang.1001 ujian dan cabaran menanti dihadapan,yang pastinya kekecawaan,keputusasaan,keletihan adalah pasti,namun yang bernama kejayaan dan kegembiraan itu belum pasti adanya.Ku pohon Kekuatan menghadapinya Ya Allah.Lemah hamba-Mu ini,tiada daya dan upaya.


Bagi penulis,keletihan fizikal masih mampu didepani,tetapi untuk berhadapan dengan diri sendiri amat sukar sekali,perasaan,jiwa,hati ini masih terkejut dan lukanya masih berdarah.Adakala mampu melupakannya.Tetapi bila ada yang menyentuhnya kembali,saat mendengar kualiah atau ceramah yang berkaitan amanah dan tanggunjawab,bergetar jiwa ini.hmmm..tiada kata-kata yang terucap ketika itu,sekadar seukir senyuman dan bahasa mata yang jernih yang menjawabnya.


Gagalnya memikul perkara ini di dunia tidak berasa gusar dan resah.cuma bimbing dan yang menghantui diri ini ialah saat ketika bertemu Maha Pengadilan nanti.Saya akan di tanya..dengan diri yang di tidak mampu ini..apakah jawapan yang akan diberikan???apakah alasan yang nak di persembahkan????? yang menyokong hanya di dunia ,nnt di sana saya seorang...Allah ampunkan diri ini....................Aku tidak berdaya Ya Allah.

Namun,kepada semua saya nasihatkan janganlah berasa selesa dan senang,kerana kalian yang mengundi saya juga akan dipersoalkan.andai arahan dan teguran saya yang benar tidak diikuti bermaksud kalian semua telah berlaku zalaim kerana tidak mentaati orang yang kalian naikkan.Dan jika saya salah,kalian tidak tegur dan nasihatkan,juga akan menjadi bahan persoalan di sana nanti..Bertaqwalah kepada Allah.,


Masih lama kah untuk aku menghadapi semua ini?? bisakah putaran masa mampu di percepatkan,bilakah semangat ku akan bangun kembali..Ohhh sungguh berat ujian ini sahabat..aku keseorangan menghadapi nya..Hanya pengaduan pada yang esa mempu ke panjatkan..yang sudi mendengar.


Di mana semua yang dulu beriya-iya mengangkatku??? bisakah mereka bertanya khabar??? adakah mereka membantu meringankan bebanku??? inilah hakikat dunia..dan sejak dulu aku mengenalnya.Namun kini aku merasa sendiri...Aku harus bangkit sendiri,dalam kepayahan,dalam kepenatan,dalam keletihan yang tidak pernah surut.kerana di hujung nanti nama ku akan di sebut-sebut baik atau buruknya aku memimpin.

Terima kasih pada yang sentiasa sudi mendengar cerita hati yang berulang-ulang yang tetap sama jalan ceritanya..Maafkan diri ini,sebuah pengorbanan yang menuntut kepayahan.Tetapi akan ku cuba sedaya upaya selagi nyawa di kandung badan selagi roh bersama jasad..




Tuesday, February 2, 2010

Nyanyian jiwaku....


Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran

Bersama teman - teman
Harungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Selamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

O o ohooo ho o ohooo

Brothers-Selamat Berjuang

blogger templates 3 columns | Make Money Online