Photobucket

Saturday, March 5, 2011

Kepentingan dan keutamaan ilmu



Kepentingan dan keutamaan ilmu

Temanku,

Sedia kita ketahui betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan,Al-Quran menjadi saksi,hadith menjadi bukti,realiti kehidupan turut menyakini. Allah menjanjikan akan diangkat darjat kemuliaan bagi sesiapa yang menuntut ilmu dalam kalam sucinya .


Maksudnya : “Allah mengangkat darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan”.

Pendidik ulung,junjungan besar Rasulullah s.a.w turut bersabda ;

مَن يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيرًا يُفَقِهُ فِي الدَّينِ

Maksudnya : “ Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan,nescaya Allah akan menberikan kefahaman di dalam agama” – mutafaq alaihi

Imam Nawawi di dalam kitabnya Nasa’ihul Ibad berkata mahfum“kebaikan” dari hadis ini dapat difahami sebagai keselamatan dan kebahagiaan,tambah beliau lagi keselamatan dan kebahagiaan pasti tidak akan diperolehi tanpa melakukan amal soleh.

Temanku

Di sini , ingin daku nukilkan antara kepentingan ilmu dan keutamaannya yang di sebut oleh guru kita Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri di dalam kitabnya Isyad al-Qari’ Bi Syarhi Mukhtasar Shahih al-Bukhari dalam mensyarahkan bab كتاب العلم , antaranya :

  • Ilmu adalah warisan para Nabi AS sedangkan harta adalah warisan Firaun dan Qarun
  • ilmu lebih daripada harta kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta di jaga oleh manusia.
  • orang yang berilmu mempunyai ramai kawan sedangkan banyak harta banyak pula musuhnya.
  • Ilmu diberikan bertambah ,harta diberikan berkurang.
  • Ilmu tidak boleh dicuri , sedangkan harta boleh hilang dan lenyap.
  • Harta boleh habis sebelum pemiliknya mati,sedangkan ilmu habis dengan kematian pemiliknya.
  • Ilmu tidak dapat dihitungkan,sedangkan harta dapat diketahui jumlahnya.

Al-allamah Prof.Dr.Yusuf Abdullah Al-Qardhawi juga menyebut di dalam fiqh awlawiyat di dalam bab pentingnya ilmu bagi para pendakwah dan guru , katanya :

“ilmu menjadi syarat utama untuk mereka yang bergiat dalam bidang kehakiman dan fatwa,dan ia juga menjadi batu asas bagi mereka yang bergiat dalam bidang dakwah dan pendidik,maka setiap pendidik wajib melakukan dakwahnya dengan hujah dan ajaran yang nyata dan jelas”


1 Comment:

RuMaH TuA said...

ilmu tanpa zikir lebih bahaya daripada kejahilan kerana bawa kepada kelalaian...

"Beramal untuk tingkatkan keimanan"

salam juang.

blogger templates 3 columns | Make Money Online