Photobucket

Thursday, May 15, 2008

SATU PELAYARAN SEORANG INSAN

“Alah kita kan bakal guru sekolah rendah je,belajar yang silibus yang disediakan sudahlah”,kata seorang sahabat saya yang sama-sama belajar sekarang.

Saya monolog dalam diri sendiri “ohhh…macam ni pemikiran bakal pelahir pemimpin generasi depan” .

Saya tidak terus menjawab atau membangkang pandangan yang disampaikan oleh sahabat saya tadi,tetapi memilih waktu dan masa yang sesuai untuk dijelaskan kembali apakah tujuan hidup sebenar seorang insan.

Alhamdulillah di institut perguruan ini,kami disediakan satu waktu usrah yang dikira sebagai jam kredit pengajian kami disini.kami dibimbing oleh naqibah-naqibah yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah.Darah muda kalau dibiarkan susah dikawal,masing-masing ada ego sendiri dan sikap mahu menang sinomin dengan jiwa yang mula mengenal dunia ini.

Salah satu pemgisian di dalam waktu usrah ini ialah setiap pelajar akan mencari tajuk-tajuk tertentu dan dikongsi bersama kepada rakan kelas.inilah masa yang paling sesuai untuk memperbetulkan paradigma dan pandangan RINGAN bakal pemikul bebanan yang BERAT pada masa depan.

“Andaikan diri kamu sebagai pelayar yang sedang belayar dilautan luas”,saya beranalogi.

Mencari jawapan kepada persoalan “tujuan dihidupkan sebagai seorang insan”…adalah satu pelayaran dilautan luas.jawapan kepada soalan itu amat luas seluas lautan yang terbentang.

Ya,menjadi seorang guru…itu adalah keriar yang bakal dicuburi 3 – 4 tahun lagi..tetapi jawapan itu masih terlalu luas.

Guru apa?..kami dilatih menjadi guru pendidikan islam(ustaz,ustazah)…tetapi jawapan itu masih dan tetap luas seluas pendangan membiru lautan yang terbentang,itu kalau saya cuba kecilkan dalam bidang kerjaya.Andaikata diluaskan kepada persoalan sebagai seorang khalifah? Seorang daie? Seorang pemimpin semakin luas persoalan dan bertambah luaslah jawapan yang menanti.

Habis,bila nak Nampak daratan?

Itulah persolannya….tak perlulah kita mengkaji mencari beribu persolan yang hanya memeningkan kepala tetapi kata sama-sama mencari isi sebenar kehidupan ini.

“jika kita berhenti berlayar dan memilih satu pulau kecil ditengah lautan,itulah pengakhiran persoalan “tujuan dihidupkan sebagai seorang insan” itu tadi.

MEMILIH HIDUP YANG TIADA ERTI

Hadirnya tidak dirasai,perginya tidak disedari bak melukut di tepi gantang,kata papatah melayu.Begitulah keadaan sebuah pulau kecil ditengah lautan yang sekadar sebuah kecil yang sekadar apa yang ada.

Minum air masin,tak apa….minum juga.Tak pun ada air kelapa,elok lah tu dari tak minum.makan ikan sahaja,syukurlah boleh makan jugak kan?...daripada tak makan langsung.

Orang yang malas berlayar,hanya mengambil keputusan dengan cukup dengan sekadar apa yang ada,tidak akan dapat mencari jawapan peranan dihidupkan sebagai seorang insan”

Kalau seorang guru mungkin sehingga jadi guru cemerlang! Peningkatan diri hanya sekadar pada peningkatan tangga gaji kerana bertambahnya tahun perkhidmatan dengan sedikit kelulusan kursus-kursus.

Tiada pengkhususan dan tidak Berjaya untuk tersendiri, kerana padanya dengan berpada dengan yang ada.berhenti berlayar dan mencipta daratan sendiri,biarpun hanya sekangkang kera dan terus menggagumi pulau yang lebih cantik dan indah,hanya sekadar itu.

PERGILAH BERLAYAR

Sahabat,marilah kita terus berlayar…hingga Nampak daratan.pelbagai daratan,singgahlah didaratan itu,satu demi satu ketahuilah raelitinya dan bukan hanya memandangnya dari jauh dan memuja-muji dengan penuh kagum keindahan daratan-daratan lain.

Mulakan,teruskan dan terus berlayar mencari pelbagai daratan yang punya pelbagai jenis pasir,pelbagai jenis isinya.berlayarlah selaju mungkin agar dapat mandarat di banyak daratan dan pilhlah daratan yang paling sesuai,terbaik untuk mendarat menjadi sebuah gunung yang dapat memberi sesuatu. Dengan syarat, anda belayar laju dan optimum. Agar jangan lengah tiba ke satu daratan, kerana mungkin ada beberapa daratan lagi yang perlu dicuba.

Sahabat…

Marilah kita bersama-sama mendalami ilmu,mencari sebanyak mungkin taburan permata yang keluar dari bibir-bibir para ulama,para pendakwah,para menyebar ilmu,mereka tidak kedekut memberi…

Saya pernah bertanya seorang pak cik di satu surau tempat saya baru belajar

“pak cik kat sini hari apa ada kulaah lagi” tanya saya.

Pak cik tersebut menjawab sambil menghidupkan motornya, “hari-hari ada,Cuma nak pergi ke tidak je”

Jawapan yang mudah tetapi memberi kesan yang cukup mendalam pada diri saya.para ilmuan,alim ulama sanggup berkorban masa,tenaga dan waktu untuk menghamburkan butiran-butiran permata yang mereka ada,tetapi saya yang punya ilmu yang sedikit,amal yang kurang tidak sanggup meluangkan masa berbual,masa bermain,masa tertawa untuk bersama mereka.

Satu tekad dalam diri,mencari daratan untuk mengumpul jutaan bekal bagi meneruskan pelayar agar satu hari nanti dapat menjadi sebuah dataran yang sentiasa memberi sesuatu yang bermakna bagi pelayar yang lain

Allah tidak menciptakan manusia ada yang pandai ada yang bodoh. Tetapi Allah mencipta kita semua berbeza kepandaian. Carilah keistimewaan diri masing-masing pada kata kunci yang mudah…

Buat apa sahaja, biar habis baik!

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online