Photobucket

Friday, January 9, 2009

Palestin! Kami Bersama Mu


Semalam,09/01/2009 saya telah menyertai satu demonstrasi untuk membantah kekejaman Israel ke atas Semenanjung Gaza di hadapan kedutaan Amerika yang menyokong tindakan jijik rejim Zionis Laknatullah.PerarakanBantahan tersebut dianjurkan oleh pelbagai pihak daripada NGO-NGO dan juga Dewan Pemuda Pas Pusat.

Selepas solat jumaat Perarakan ke kedutaan Amerika bermula dari komplek Tabung Haji di Kuala Lumpur itu disertai lebih 5000 orang yang terdiri daripada pelbagai pihak dan kaum.

Diantara pimpinan yang memberi ucapan pada perhimpunan itu termasuklah Yb Dato Paduka Husam Musa,YB Dr Hatta Ramli,Yb Mat sabu,YB Salehuddin Ayyub dan ramai lagi.
Ucapan penuh semangat daripada Yb Mat Sabu

ucapan daripada Yb Dato Paduka Husam Musa

YB Salehuddin Ayyub memberi beberapa produk Amerika dan Yahudi yang WAJIB di boikot antaranya :

COCA COLA, HUGGIES, RIVER ISLAND, MC DONALDS, CLINIQUE DISNEY, DONNA KARAN, STARBUCKS, GAP GARNIER,PERRIER KOTEX, SANEX JO MAONE, LANCOME LIBBYS,TCHIBO, LOREAL,MARKS & SPENCER, KLEENEX, MAYBEKKINE,NESTLE, VITTEL,REVLON, WONDERBRA,PASARAYA TESKO & GIANTS .


Ustaz Nasaruddin Tantawi membaca satu syair yang pernah di ucapkan oleh AS-Syahid Ahmad Yassin kepada negara-negara islam dan arab yang hanya membisu seribu bahasa berkenaan isu Palestin sekarang

Selepas Memorendum bantahan di serahkan kepada wakil kedutaan Amerika Laknatullah,bacaan doa di ketui oleh ustaz Nasaruddin Tantawi memohon Bantuan daripada Allah kepada Umat Islam Palestin.kemudian bersurai kira-kira pada jam 3.30 petang.
Kanak2 kecil yang mengenal erti keamanan.
"ajarkan anak2mu mengenal musuh mereka"-As-Syahid Ahmad Yassin

Muslimat memegang replika jenazah kanak2 yang dizalimi




1 Comment:

BFH 6261 said...

hensel betol pemilik moto shogun di belakang tu ye

blogger templates 3 columns | Make Money Online