Photobucket

Monday, January 5, 2009

TAHUN BARU YANG MEMILUKAN..KAMI BENCI ZIONIS!!


Disaat orang lain bersuka ria dan menghiasi azam baru mereka untuk tahun 2009 yang akan tiba ,saudara kita di Palestin terus dipijak dan dibunuh sesuka hati.Sekali lagi kita digemparkan dengan kekejaman rejim zionis laknatullah.Beratus-ratus umat islam yang mati terbunuh dan ribuan yang lain cedera hasil dari serangan besar-besaran zionis terhadap puak hamas. Terbaru ialah angka kecederaan mencecah hampir 1700 orang dan terbunuh 350 lebih.


Alasannya tetap sama iaitu untuk memerangi hamas walhal tujuan utama mereka adalah orang awam yang beragama islam.Saya kira ini adalah tindakan kurang hajar yang tidak berperi kemanusiaan.

Mesir pula masih enggan dan berkeras untuk tidak membuka pintu sempadan yang mana ia adalah satu-satunya pintu untuk umat islam melepaskan diri selain daripada pintu yang dikawal ketat oleh puak rejim zionis laknatullah.



Disaat ambang kejahatan sudah sampai ke kemuncaknya seperti yang berlaku ini , wajib keatas umat islam untuk membantu,membantah,mengecam dan seumpamanya untuk menhyekat serangan tidak berperi kemanusiaan ini.

Umat islam atau dengan kata lain saudara-saudara kita disana masih terus berjuang untuk mempertahan diri dari menjadi mangsa serangan..Keadaan kebuluran yang melanda melemahkan lagi umat islam.Bantuan terhadap mereka disekat samada berbentuk makanan dan ubat-ubatan.


‘Selepas operasi ini ,kami akan pastikan tiada satu pun banggunan milik Hamas disemenanjung gaza kekal utuh.Kami yang merubah peraturan permainan ini ’Timbalan ketua Tentera Israel ,Brigadier Jeneral Dan Harel.



Terang-terangan laknatullah-laknatullah itu memandang remeh harga nyawa umat islam.Ini jelas menunjukkan mereka memusuhi umat islam dan umat islam SEWAJIBNYA bangkit untuk menentang kekejaman ini.Ya..SEWAJIBNYA!


Pihak Hamas menempelak dunia kerana hanya memerhatikan kekejaman Israel terhadap Pendududk Gaza . Kata jurucakap Hamas ,Fauzi Barhum.


APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?


  1. Berdoalah untuk saudara-saudara kita yang sedang menanggung keperitan dibumi Gaza .
  2. Tanamkan didalam hati anda untuk membenci habis-habisan tindakan laknatullah yang dijanjikan neraka itu.
  3. Lakukan apa sahaja tindakan untuk membantah kezaliman itu asalkan tidak bertentangan dengan ajaran islam.
  4. Beri kefahaman kepada rakan-rakan yang masih leka dan masih memandang ini hanya sebagai isu remeh.

Marilah sama-sama kita berdoa dan terus berdoa untuk menghentikan kezaliman ini.Ingat ,Allah sedang menguji ukhwah dan akidah kita terhadap Palestin.KAMI BENCI ZIONISSS!!

1 Comment:

Anwar Abbas... said...

Jangan menangis untuk Palestina!

blogger templates 3 columns | Make Money Online