Wednesday, May 6, 2009

Siti Jumpa Tok Guru Nik Aziz...


Saya bukanlah peminat Siti yang namanya di julang sana-sini mungkin kerana suaranya semerdu angin sepoi-sepoi bahasa.Tidak pernah pula bibir ini menbaitkan lirik-lirik lagu dendangan penyanyi yang dianugerahkan Datuk ini.


Cuma kali ni saya ingin memuji beliau dan suaminya kerna berani mengikut jejak Amy Search untuk bersemuka dengan Ulamak tersohor negara, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Siti Nurhaliza akhirnya temui Nik Aziz Apr 2, 09 7:52pm Ketika seluruh negara tertumpu ke tiga pilihanraya kecil dan Istana Negara, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pada hari itu membuat satu kejutan - bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penyanyi nombor satu itu membuat kunjungan hormat ke atas menteri besar Kelantan selepas “sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut”, lapor Harakahdaily.net.


Selepas kunjungan bersama suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, beliau dilaporkan menzahirkan rasa syukur kerana hasratnya menjadi kenyataan.

“Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat.

“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa,” beliau dipetik berkata.

“Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi.”

Siti Nurhaliza menambah, mursyidul am PAS seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.

Sempena kunjungan itu, Siti Nurhaliza dan tokoh PAS itu bertukar-tukar cenderahati.Kakitangan pejabat menteri besar dan pejabat berdekatan di Kota Datul Naim turut mengambil peluang bertemu dengan selebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online