Photobucket

Saturday, February 6, 2010

Ini baru permulaannya...

Assalamualaikum,salam perjuangan pada semua.semoga kita semua berada dalam landasan dan laluan perjalanan yang di rintiskan para rasul pilihan Allah..


Seminggu sudah memegang taklifan yang di amanahkan ini..perbagai cabaran dan dugaan yang pastinya menguji kekuatan fizikal,mental,emosi dan segalanya..Pada tempoh seminggu dua akan ini,perjalanan hidup ni agak sempit dengan pelbagai program dan mesyuarat bagi menyusun dan merancang pelan tindakan dan rancangan-rancangan sepanjang tahun ini.Namun ini baru permulaan perjalanannya masih panjang.1001 ujian dan cabaran menanti dihadapan,yang pastinya kekecawaan,keputusasaan,keletihan adalah pasti,namun yang bernama kejayaan dan kegembiraan itu belum pasti adanya.Ku pohon Kekuatan menghadapinya Ya Allah.Lemah hamba-Mu ini,tiada daya dan upaya.


Bagi penulis,keletihan fizikal masih mampu didepani,tetapi untuk berhadapan dengan diri sendiri amat sukar sekali,perasaan,jiwa,hati ini masih terkejut dan lukanya masih berdarah.Adakala mampu melupakannya.Tetapi bila ada yang menyentuhnya kembali,saat mendengar kualiah atau ceramah yang berkaitan amanah dan tanggunjawab,bergetar jiwa ini.hmmm..tiada kata-kata yang terucap ketika itu,sekadar seukir senyuman dan bahasa mata yang jernih yang menjawabnya.


Gagalnya memikul perkara ini di dunia tidak berasa gusar dan resah.cuma bimbing dan yang menghantui diri ini ialah saat ketika bertemu Maha Pengadilan nanti.Saya akan di tanya..dengan diri yang di tidak mampu ini..apakah jawapan yang akan diberikan???apakah alasan yang nak di persembahkan????? yang menyokong hanya di dunia ,nnt di sana saya seorang...Allah ampunkan diri ini....................Aku tidak berdaya Ya Allah.

Namun,kepada semua saya nasihatkan janganlah berasa selesa dan senang,kerana kalian yang mengundi saya juga akan dipersoalkan.andai arahan dan teguran saya yang benar tidak diikuti bermaksud kalian semua telah berlaku zalaim kerana tidak mentaati orang yang kalian naikkan.Dan jika saya salah,kalian tidak tegur dan nasihatkan,juga akan menjadi bahan persoalan di sana nanti..Bertaqwalah kepada Allah.,


Masih lama kah untuk aku menghadapi semua ini?? bisakah putaran masa mampu di percepatkan,bilakah semangat ku akan bangun kembali..Ohhh sungguh berat ujian ini sahabat..aku keseorangan menghadapi nya..Hanya pengaduan pada yang esa mempu ke panjatkan..yang sudi mendengar.


Di mana semua yang dulu beriya-iya mengangkatku??? bisakah mereka bertanya khabar??? adakah mereka membantu meringankan bebanku??? inilah hakikat dunia..dan sejak dulu aku mengenalnya.Namun kini aku merasa sendiri...Aku harus bangkit sendiri,dalam kepayahan,dalam kepenatan,dalam keletihan yang tidak pernah surut.kerana di hujung nanti nama ku akan di sebut-sebut baik atau buruknya aku memimpin.

Terima kasih pada yang sentiasa sudi mendengar cerita hati yang berulang-ulang yang tetap sama jalan ceritanya..Maafkan diri ini,sebuah pengorbanan yang menuntut kepayahan.Tetapi akan ku cuba sedaya upaya selagi nyawa di kandung badan selagi roh bersama jasad..




1 Comment:

DilFa said...

Salam perjuangan buat sahabat..
Sunnatullah di dalam kita berjuang,kita diuji dgn plbg prkr.dr sekecil-kecil sehinggalah sebesar ujian.langkah awal kita dlm episod juang ini perlu kemas dan rapi,supaya nanti di akhir perjuangan,ada senyum yg menanti.Allah telah memilih enta melalui proses tapisan ini dan enta mampu untuk memegang amanah ini.Mungkin nanti ada yg kecewa,terguris hati,down,..namun inilah tarbiyah yg mengajar kita lebih matang dalam bertindak dan stp tarbiyah yg Allah berikan adalah untuk memperbaiki lg diri kita..perkuatkan dirimu sahabat,mg nanti ada ganjaran yg menanti.Allah bersama kita

blogger templates 3 columns | Make Money Online