Photobucket

Thursday, February 11, 2010

Rintihan Qalbu Ku

Lembaran sejarah merakamkan betapa pilu dan sedihnya,Baginda Rasul S.A.W ketika menyeru dan berdakwah kepada kaumnya sendiri,bangsanya sendiri iaitu penduduk Thaif.Jika sebelum ini misi dakwahnya di tentang penduduk Makkah.



Tambahan pula sebelum ke Thaif baginda Rasul berada keadaan yang cukup sedih atas kewafatan isterinya yang tercinta iaitu Siti Khadijah dan selepas beberapa bulan bapa saudara nya iaitu Abu Talib turut wafat.



Ketika itu hilanglah orang yang sering membantu dan menyokong Rasulullah.Golongan Quraisy ketika itu mengambil kesempatan menentang Rasullah secara hebat.Bagi merawat kedukaan,Bergeraklah Baginda Rasul ke Thaif moga-moga ada sinar harapan di sana,di harapkan yang sudi mendengar dan berkongsi seruan suci itu.Tetapi betapa hancurnya Hati Baginda,orang yang di harapkan menyambut kedatangannya dengan butiran batu-batu jalan,di iring cercaan dan hinaan.Ohhh Rasullah,pedihnya hatimu,hanya kau bersama zaid bin Harith,Kakimu luka di lontak kelikir-kelikir jalanan.



Jika dulu ku membaca lipatan sirah ini,sekadar mengambil ibrahnya sahaja,Namun kini aku sedari,aku rasai,betepa pedihnya diri mu ketika itu.Ya,ada benarnya kata-kata "hidup ini bagaikan roda"



Mengenang nasib diri di malam sunyi,nota-nota perjalanan hidup-mu ku baca,Ku temui luahan rasa,rintihan qalbu mu dulu.Aku umat mu,merasa derita itu,kau insan yang agung,imanmu bertaraf kekasih Illahi.Aku hanya insan yang terlalu hina,lemah..dan tiada daya...


Dan ini yang ku temui.............




“Wahai Tuhanku Dikau sahajalah tempatku

mengadu kelemahan tenagaku dan kurang bicaraku,

kehinaanku di mata ramai,


wahai Tuhan yang maha pengasih

Dikaulah Tuhan mereka-mereka yang lemah, Dikaulah Tuhanku


kepada siapakah Dikau akan serah daku ini?

Kepada mereka yang jauh yang bencikan daku atau

kepada seteru yang Kau berikan kuasa ke atasku?


Andai kata tidak ada sebarang kemurkaanmu ke atasku

maka tidak akan ku pedulikan,

tetapi kemaafan dan kurniaan Kau lebih luas untukku.


Aku berselindung dengan cahaya zatMu yang menyinari segala kegelapan

dan yang member manfa’at dunia dan akhirat

(aku berselindung denganNya)

dan kemarahanNya ke atasku dan kemurkaanMu,


Dikau sahaja yang menegur sepuasnya.

Dan tidak ada helah bicara

dan tenaga hanyalah dengan Dikau sahaja.”

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online