Photobucket

Saturday, January 23, 2010

DIMANAKAH TAQWA???

Allah s.w.t. berfirman dalam surah at’Talaq ayat 2-3, “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya.”

Taqwa suatu perkataan yang sering kita dengar malah bagi kaum muslimin ia merupakan satu perkataan yang wajib di dengar sekurang-kurangnya seminggu sekali,namun apakah perkataan ini hanya didengar di telinga dan ruh pengertian taqwa yang mempunyai nilai nya yang tinggi tidak langsung hinggap menyentuh jiwa-jiwa kita.

Catatan kali ini bukan lah ingin menghurai perkataan Taqwa itu dari sudut ilmiah,kerana saya yakin dan percaya rata-rata semua penuntut di kampus kita ini sudah ma'ruf dengan kalimah ini.Tetapi saya ini menyentuh dan melihat taqwa ini dari suatu perspektif dan kacamata yang berbeza.

Iaitu DIMANAKAH TAQWA ITU??

Benar, sungguhpun taqwa itu letaknya dalam hati dan hati itu berada di dalam, tidak nampak; tetapi kesan ataupun tinggalan kerja-kerja taqwa itu tetap masih boleh dilihat,dirasa dan dikesan kehadirannya. Sekiranya tak nampak, bahkan kesan-kesan yang dialami masyarakat adalah sebaliknya, jenayah sampai boleh meningkat 45% misalnya; maka taqwa itu tidak sudah duduk di hati. Tidak dipentingkan akan 'ada' ataupun 'tiadanya'.

Orang yang belajar agama tidak semestinya orang itu BERAGAMA.Nilai agama atau taqwa itu tidak boleh diukur dengan berapa banyak ilmu agama yang seseorang itu miliki,tetapi seberapa banyak amalan serta rasa takutnya dia kepada ALLAH.

Nabi bersabda “Taqwa itu di sini (dan baginda terus menunjukkan kepada dada baginda)” riwayat Imam Muslim.

Imam Al Ghazali didalam Ihya Ulumuddin pada bab Huraian Keajaiban Hati berkata, “Hati ialah raja bagi manusia...”

Subhanallah betapa sempurnanya neraca pertimbangan yang ALLAH taala sediakan bagi menilai taqwa itu..Tuhan yang maha sempurna,memandang kedudukan taqwa itu di hati..Itulah hikmah penciptaan manusia yang pelbagai rupa,bangsa,keturunan dan sebagainya.Jika taqwa itu di nilai dan dilihat pada bangsa,rupa atau apa sekalipun pasti berlaku ketidakadilan di situ.

Saya ingin bertanya..apakah seorang yang berbangsa cina itu mengharapkan dia dilahirkan dalam keadaan sebegitu? dan apakah kita melayu islam ini,tahu kita akan dilahirkan dalam keadaan ini.Sesungguhnya inilah anugerah termahal yang kita perolehi.Bersyukurlah dengan bertaqwa kepada ALLAH.

Justeru itu,tidak kira siapa kita,apa bangsa sekalipun,apa bidang yang kita pelajari pun,jika kita bertaqwa kita lah yang akan di pandang dan dimuliakan ALLAH.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13, "sesungguhnya orang yang paling mulia dikalanganku ialah orang yang bertaqwa"

Islam untuk semua,bukan sekadar laungan marilah kita bersatu hati,sama-sama mencari nilai taqwa itu.Orang yang belajar agama belum tentu ada tiket memasuki syurga,jika ilmu yang dipelajarinya tidak di amalkan,di sampaikan dan menjadikan dia insan yang bertaqwa.Tetapi ORANG YANG BERAGAMA,yang benar agamanya,aqidahnya,amalannya,luhur akhlaknya,baik peribadinya,dan Bertaqwa.Yakin dan percayalah pada janji-janji ALLAH.

Sama-samalah kita semai rasa ketaqwaan kita kepada ALLAH dengan menhayati Islam yang sebenar,aqidah yang suci,amalan yang shoheh,akhlak yang kudus.

Bersatulah dalam satu barisan aqidah,bukannya bangsa,rupa,pembahagian-pembahagian sesuatu juzuk atau sebagainya.Jadikanlah kata-kata azimat Saidina Umar Al-Khatab:

"kita umat yang di mulia kan oleh Allah dengan islam,barang siapa yang mencari kemuliaan selain daripada islam,dia kan di hina "

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online