Photobucket

Friday, January 22, 2010

TAKZIAH BUAT DIRI

Assalamualaikum..

Salam perjuangan pada semua..ku panjatkan se agung-agungnya kepujian kepada-Mu Tuhan,yang telah menghidupkan jasad ini dengan sesempurna ini juga Engkau telah menghidupkan hati-hati kami dalam kesuburan iman dan islam..Juda selawat dan salam ke atas junjungan besar,penghulu sekalian anbiya' yang telah menumpahkan sepenuh kudratnya,menyerahkan tubuh dan jiwa nya membawa panji kebenaran hingga saat dan tika ini kami dapat bernafas dalam jiwa2 islam..

Sudah lama saya tidak menulis berkongsi rasa,luahan dan pengalaman buat semua..banyak kekangan dan masalah sekitar beberapa bulan ini..semoga dikurnia sedikit kekuatan untuk menjadi hamba Allah yang berbakti di bumi amanah nya ini..

Coretan ini hanyalah catatan buat diri sendiri..Doakan lah moga2 hati yang keras ini lembut seperti lembutnya besi di tangan Nabi ALLAH Daud A.S

Kita baru selesai mengadakan pilihanraya kampus yang sudah menjadi adat bagi memilih perwakilan pelajar untuk menjadi suara pada semua dan penghubung dengan pihak pentadbiran.Walau pun pelbagai isu dan ujian yang melanda,Alhamdulillah kita semua berjaya menyelesaikannya dan semoga keharmonian dan keamanan kampus kita terus terpelihara


Penulis antara wakil yang di calonkan dan berjaya dengan izin Allah melangkah ke peringkat seterusnya menjadi perwakilan pelajar di kampus kita yang tercinta ini..


Ada rasa yang ingin di luah,ada cerita yang ingin di kongsi,ada pangalaman yang ingin di cerita buat semua yang baik sama2 kita berusaha menjadikan ia lebih baik dan yang kurang sempurna di mata manusia,sama2 kita sempurnakan di masa hadapan.


wahai hamba-hamba Allah..ketahuilah


Bahawa amanah itu bukanlah suatu keinginan, bukan juga suatu wasilah untuk mencari popularity. Namun kita perlu sedar, amanah dan tanggungjawab yang di taklifkan itu adalah untuk memelihara kelangsungan tarbiyah di bumi ini. Bukan hanya menjadi perbualan dan gelaran yang acapkali disogok kepada bumi ini (bumi tarbiyah), tetapi memastikan ia sungguh menjadi realiti yang tidak pupus dihanyut maksiat dan noda.Bukan untuk mencari salah orang lain,menyatakan kitalah yang terbaik,tetapi tanggungjawab ini adalah satu ujian dan salah satu jalan mengenal diri dan memperbaiki diri..


Tuhan..Ampunilah dosa-dosa ku ni,sahabat..maafkanlah diri ini.


Jangan sesekali merasa gah dengan kedudukan ini. Jangan sesekali ada sekelumit, jikalau ada cepat-cepat menangkisnya kerana pasti itu bisikan syaitan yang selalu ingin menyesatkan . Kita semua tahu, kedudukan bukan kebanggaan! Tidak sekali-kali. Jadi jangan meletakkan platform sebagai pimpinan ini adalah untuk dikenali ramai dan yang sebetulnya, tetapi mesti merasakan diri ini adalah penyumbang kepada masyarakat umumnya dan warga kampus ini..


Ya Allah,berikan lah kekuatan aku akur pada tadbir-Mu..


Sesungguhnya dan sebenarnya amanah ini terlalu berat untuk di pikul...nanti akan di persoalkan..SALAM TAKZIAH BUAT DIRI...menangislah diri..lembutlah hati..jawatan mu bukan untuk di rai-rai,bukan untuk di sorak gembira,tapi satu ujian yang perlu kau tangisi tiap kali dan tika..


Teringat kisah yang pernah di sampai kan oleh AL-Fadhil Tuan Ibrahim Tuan Man,

ketika khalifah Harun Ar-rasyid merasa ada sesuatu yang tidak kena pada diri nya..beliau menyatakan ingin bertemu Ulama' terkenal di zaman itu,Fudhail bin Iyyad.Pada malam tu beginda berangkat dgn tentera menuju rumah ulama tersebut..Fudhail melihat cahaya yang terang di luar rumahnya,dan beliau tahu bahwa itu adalah rombongan khalifah.lalu beliau menutup lampu rumahnya hingga gelap gelita,dalam kegelapan baginda memasuki rumah ulama tersebut,maraba-raba dalam kegelapan,tersentuh tangan ulama tersebut,lalu fudhail bin iyyad memegang tangan khalifah,lantas beliau berkata,

"alangkah baiknya jika tangan yang lembut ini tidak di bakar api neraka,ketika saidina umar dilantik menjadi khalifah,beliau menangis teresak-esak,tetapi ada yang ketika dilantik dirai dengan keseronokan"

mendengar kata-kata itu,khalifah harun ar-rasyid menangis teresak-esak..

Allah,,,berilah aku kekuatan..permudahkanlah

Ketika hati ini merasa letih,penat dengan segala yang di depani..mencari suatu ketenangan..teringat Ustaz Rasyidi abdul Jamil ketika mensyarahkan suatu hikmah di antara hikam yang dinukilkan oleh AL-Ariffillah Ibnu Athoillah AL-Sakandary,dalam hikamnya yang ke 4,

"Rehatkanlah dirimu daripada mentadbir,sekiranya tadbir itu di selesaikan oleh orang selain daripadamu,maka tidak perlulah dirimu menyibukkan diri"

Semoga tadbir yang telah di susun oleh Allah ada Hikmahnya..dan saya serahkan tadbir ini kembali kepada Allah.saya yakin ada hikmah yang tersingkap di dalam hikmah ini.

Ya Allah aku serahkan kepada Mu,kau mengetahui Hati ini.Bantulah aku..


1 Comment:

EEFFAH said...

DIA xkan menguji kita seandainya DIA x sertakan kekuatan untuk kita hadapi ujian tersebut..

blogger templates 3 columns | Make Money Online