Photobucket

Wednesday, April 15, 2009

Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Costantinople

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……

Nama Muhammad Al-Fateh telah lama saya dengari,nama pemimpin agubg inilah yang sering menjadi misalan bagi mengindahkan bait-bait kata yang terbaris di teks-teks syarahan saya ketika di sekolah dahulu..namun siapakah sebenar yang di gelar Al-Fateh ini tidak diketahui sehinggalah perjalanan hidup ini membawa saya ke lautan ilmu.Saya mengenali Sultan Muhammada Al-Fateh dengan lebih dekat melalui pembacaan sebuah novel sejarah islam iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel karya Abdul Latip Talib.novel yang di beli ketika menunggu bas hendak pulang ke kampung di hentian Puduraya.selepas beberapa minit berada di dalam bas,saya membelek-belek buku yang telah dibeli sebentar tadi.kebiasaannya saya tidak mampu bertahan lama membaca di dalam bas,kerana kepala akan menjadi pening.Namun,sadar tak sedar hampir separuh buku tersebut saya tatapi,tak sedar apa yang berlaku.dan setelah sampai di taiping,saya telah membaca kira2 separuh buku tersebut,pengembaraan saya bersama Al-Fateh diteruskan dan malam itu juga saya telah menghabiskan buku tersebut...




Kekaguman pada peribadinya,kehebatan,ketaqwaannya,kebijaksaannya serta seorang pemimpin muda seusia awal 20-an yang begitu optimis dengan kata-kata Baginda Rasul S.A.W...Insyaallah andai punya rezeki,zuriat pembuka akan dimahkotakan dengan nama pemimpin agung ini Muhammad Al-Fateh.Dan harapan dan cita-cita saya ingin melihat dan menyentuh sendiri Aya Sophia yang menjadi saksi Pembukaan Kota Konstantinopel...

MARILAH BERSAMA KITA MENGENALI BELIAU

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online