Photobucket

Saturday, April 4, 2009

Bila Tok Guru tanya BijakSANA atau BijakSINI?

kunjungan ke kelantan bukanlah jangkal bagi saya,sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun saya akan ke sana dengan tujuan dan matlamat tertentu..adakala untuk menuntut ilmu di bumi yang subur dengan kuliah-kuliah agama yang mekar dengan pengajian-pangajian ilmu di balasoh-balasoh,di masjid-masjid,di pondok-pondok hatta di tengah-tengah bandar Kota Bharu...hujung tahun lepas ketika cuti sem hujung tahun alhamdulillah saya berada di serambi makkah ini beberapa minggu dalam usaha mencari mutiara berharga untuk menjadi bekal hidup di dunia dan akhirat,walaupun ketika itu cuaca kurang baik kerana musim hujan,tetapi semuanya berjalan lancar..dan harapan saya sejak dahulu lagi ingin mendengar sendiri kuliah jumaat yang disampaikan oleh seorang ulama terhias pada dirinya kemilauan cahaya keimanan,tercampar di wajah tuanya ketulusan keikhlasan,seorang model yang persis keperibadian baginda Rasul S.A.W,seorang yang telah membuka mata masyarakat dunia,yang mengejutkan manusia yang lena dari lana yang panjang,pemecah kepalsuan,pembongkar pembohongan yang menyatakan bahawa ULAMA TIDAK MAMPU MEMERINTAH.

Jodoh pertemuan di tangan Allah..saya tidak berkesampatan mendengar kuliah jumaat tersebut..namun pertemuan dengan Tok Guru sudah acap kali...dan pernah juga tidur di masjid beliau di pulau melaka...pada 13 mac yg lepas saya berkesempatan ke dataran ilmu yang mana menjadi tempat ribuan manusia menadah curahan ilmu seorang Menteri Besar yang berjiwa daie..namun..semamangnya jodah pertemuan di tangan Allah..pada hari tersebut..Tok Guru tidak mayampaikan kuliahnya tetapi diganti oleh Ustaz Nasuruddin Daud yang juag merupakan Speaker DUN kelantan.

walaubagaimanapun..setiap kuliah Tok Guru akan saya ikuti melalui koleksi-koleksi video-video kuliah jumaat beliau yang telah disediakan di kelantanTV(http://www.kelantan.tv/).Hingga saya mampu bercakap menggunakan loghat kelantan..(skit2 jelah).



Tuan Guru Nik Abdul Aziz seorang tokoh Menteri Besar yang mentadbir sebuah negeri bernama Darul Naim ini banyak menyentuh hati ini mengenai hakikat kepimpinan Islam yang sebenarnya. Perwatakannya, tutur katanya, penampilannya mampu membuatkan diri ini terkesima dan terkeliru pemimpin negara atau rakyat biasakah beliau ini? Serba serbi sederhana, malah..jika ditanya pada saya bahagian manakah dalam penampilannya yang boleh menunjukkan bahawa beliau seorang Menteri Besar, maka saya hanya mampu menggeleng memberi jawapan tidak tahu!

Kezuhudan beliau terhadap dunia meskipun bergelar seorang Menteri Besar, lantas membuatkan diri ini terasa jauh benar dari beliau, saya? Seorang manusia alpa, yang telah menghidap penyakit ‘Al-Wahnu’ sekian lamanya. Terkadang lupa bahawa Allah dan RasulNYA perlu dicintai lebih dari segalanya. Membelek-belek gadget sekitar diri; telefon bimbit, jam, kasut, baju, wallet, laptop..hmm..nampaknya..seolah-olah perkataan ‘Zuhud’ susah benar hendak melekat pada diri ini. Ya Allah..aku perlukan penyucian hati!

Kata Tok Guru “Ambo kalau ikutkan bulih jah, tuntut elaun rumah, elaun itu, elaun ini tapi ambo runsing kalau-kalau elaun itu sok Allah tanya di Padang Mahsyar kelak. Itu hok mu ko, hok rakyat? Manusia loni, keno bijakSANA jangan bijakSINI! Ore hok bijaksana, dio bijok blako tapi kalu ore bijaksini dio bijaksini jah.”

Sungguh, otak bahagian bahasa saya berkerja keras untuk ‘menterjemahkan’ setiap butir perkataan yang tok guru syarahkan. Namun bahagian ini yang paling saya jelas dan punya keberanian untuk disampaikan dalam Tinta Al-Murabbi. Loghat Kelantan ini membunuhku! Mujur, ada rakan berdarah Kelantan di sebelah yang sudi menjadi ‘DUTA’ penterjemah kepada saya. Terima Kasih Din! =)

Orang yang bijaksana, segala-galanya bijak, bijak merancang, bijak mentadbir, bijak mengurus, bijak bertindak, bijak itu, bijak ini. Namun, apa yang lebih penting daripada itu ialah orang yang bijaksana itu akan bijak sehingga ke SANA! Merancang untuk ke SANA, Mentadbir hingga ke SANA, Mengurus untuk ke SANA, Bertindak untuk ke SANA. Pendek kata, segala-gala yang dibuat untuk hari ini adalah bekalan untuk ke SANA! SANA? = Akhirat kelak wahai sang pembaca!

Berbeza dengan orang yang bijaksini. Hanya bijak merancang untuk di SINI, mengurus untuk di SINI, bertindak untuk di SINI, mentadbir untuk di SINI, segala-galanya adalah untuk di SINI! Sini tu adalah di Dunia yang fana’ ini sahaja! Oleh kerana itu, mereka dari golongan ini amat pendek akal fikiran mereka. Dan disebabkan ‘Mind Set’ seperti inilah manusia hari ini tidak segan silu melakukan kemungkaran dan maksiat! Mengambil rasuah, Berzina, serta pelbagai lagi amalan Ahli Neraka. Mereka menyangka dengan aqal licik mereka berjaya terlepas di dunia, hal yang sama boleh di aplikasikan di Yaumul Mahsyar kelak! Alangkahnya bodohnya pemikiran serupa ini!
Barangkali mereka lupa ayat Allah:-

"Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" (al Zalzalah: 6-8)


0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online